Blogger Backgrounds

Saturday 25 June 2011

Pelangi....

   Assalamualaikum wbt,dah lama sgt rasanya sal xupdate blog ni,kerja agak membataskan beberapa minggu ini,alhamdulillah rezeki dr Allah..ada banyak perkara yg berlaku dlm beberapa minggu ini dlm kehidupan sal,berita gembira,sedih,terkejut sume cukup..penuh dgn warna warni ibarat pelangi yg menjadikan hari hari sal semakin indah..

   Alhamdulillah dgn rasminya sal dan lima rakan artis yg lain dah selamat dilantik sbg duta Allianze University College of medical Sciences pada majlis bersama media di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas pada 15jun yg lalu.Segala yg dirancang berjalan dgn lancarnya,credit to management WEM yg bnyk membantu memastikan majlis berjalan dgn jayanya..walaupun beberapa minit sebelum majlis bermula kami dikejutkan dgn kehadiran beberapa org dr syarikat lama yg dtg berenam dan membawa camcoder bersama,kami tetap tenang,sbb bg kami selagi xtahu apa motif kedatangannya kami akan bersikap baik pd sesiapa sahaja,alhamdulillah tiada sebarang kekecohan atau perkara yg tidak diingini berlaku spanjang majlis..Walaupun sebenarnya kehadiran mereka menimbulkan syak wasangka dr pihak media yg sempat merakam aksi mereka spanjang berlangsungnya majlis.





   Habis je majlis perlantikan sebagai duta sal trus ke kl utk majlis perkahwinan sepupu sal plak pd 17 dan 18jun 2011..my cousin diana selamat menjadi isteri kekasihnya mahadir mohammad,bahagia sgt tgk akhirnya bila cinta mereka dpt diakhiri dgn ikatan pernikahan dan memulakan fasa baru dlm kehidupan berumah tangga,tp standard la kan bile dh ramai sepupu yg dah kawin ni,sal mmg xkn selamat dr ditanyakan soalan ttg bile nak kawin??hurmmmm,mcm mana nak jawab yer,ckuplah sekadar sal serahkan sgala2 ttg jodoh pd yg maha esa..ade yg cuba singgah di hati ini skali lg tp i dont want to comment anything about that at this moment,biarlah menjadi rahsia hatiku,hehehe..yg penting kini hari2 sal penuh dgn snyuman dan restu ibu bapa dlm sgala yg sal lakukan stiap hari.




    Selesai je majlis perkahwinan diana,sal pergi ke penang smula utk rehearsel pementasan teater Mahsuri anjuran AUCMS,pementasan di Auditorium P Ramlee P.Pinang..semalam baru abis persembahan utk malam pertama ,ada dua malam lagi..Syukur tak terhingga ke hadrat yg Maha Esa krn menganugerahkan sal kesihatan utk trus meneruskan hidup dan melakukan ibadah..maafla yer entry kali ni sgt simple n kurang puitis atau kata2 hikmat seperti slalu,im a little bit exhausted because of my tight schedule..cuma apa yg sal nak kongsi sikit utk penghujung entry ini ialah..
                                          Belakang tabir Teater Mahsuri




Cinta dtg tak perlu diundang,xtahu pula dr mana ia datang,
bila cinta bukanlah kerana dia sempurna,bukan juga kerana dia istimewa,
tetapi kerana sudah tertulis azalinya,maka apabila bertemu,bertaut dua hati menjadi satu..
indah rasa itu membangkitkan syukur pd yg maha esa,
mana mungkin dua insan asing bisa menjalin hati menjadi satu tnpa disedari,
rupanya semuanya adalah pemberian ihsan dr ilahi,
ingin ku pelihara cinta ini agar tak dicemari nafsu yg mampu menghakis cinta suci..
ku perlukan pertolonganMu ya Rabbi..
agar dapat aku mencontohi cinta Siti Fatimah kpd Saidina Ali,
cinta yg dipendam tnpa dibutir dgn kata2,
tetapi akhirnya bersatu jua krn kepercayaan yg tertinggi kepda Maha Esa..
Percaya pd Allah ttg jodohmu..wallahua'lam

sekian...aku hanya insan biasa..

2 comments: