Blogger Backgrounds

Tuesday 29 March 2011

kerunsingan melanda...

kerunsingan melanda:(

Ya Allah...beberapa arini aku gelisah,adakah krn aku xckup taat pdmu:(...
ari dimulakan dgn aktiviti menyiapkan profile utk projek baru insyaallah..semalam teman khai n rosma main golf kat kelab darul ehsan..seronok juga pemandangan kat sana,pastu dinner kat duyong restraunt...sal mkn fish n chip,ikan die gemuk masyaallah..alhamdulillah rezeki Allah..


                                                   puan shila,khai dan rosma..amboi happy nye eh..

                                                   shila first time main golf:)

tentang cinta??hihi confius,ku serahkn sgalanya pd takdir Allah..tak sanggup nak berdepan dgn dugaan percintaan,bkn dugaan bergaduh dan sbg nya tapi takut kalau2 nafsu melebihi iman,takut bisikan syaitan melebihi kewarasan aqal fikiran..nauzubillah..

kini aku mengerti godaan nafsu tidak mengira alim atau tidak,pantang kita leka pasti akn terjerumus jika tak ckup ilmu dan iman di dada..khamis ni sal ade kelas dgn ustaz anuar,nak tanya ustaz la pasal gmbr yg kite post kt fb..ade yg tegur sal cakap wpun tutup aurat gmbr muke sal tu boleh timbulkan fitnah pd lelaki yg tgk..sal agak musykil sbb ape yg sal blajar semua anggota bdn perempuan adalah aurat kecuali muka dan tapak tgn..tp kenapa sal ditegur mcm ni?emm kene belajar lg ni,tak nak assume ape2..tp terima kasih pd yg tegur atleast ade isu utk sal belajar lg ttg aurat muslimah..

minggu lpas pergi pertandingan akademi al quran lima final..pemenang nya dr sabah..ramai plak puji sjak pakai jubah ni,alhmdulillah penampilan baru ni diterima...

                                              kak yati ,PA sharifah khasif



beberapa hari ini banyak aku belajar ttg hidup..ttg bersangka baik dan cara berdakwah dlm islam..

yang paling penting selain dr iman adalah utk mengawal nafsu...krn nafsu menyerang tidak kira sbanyak mana ilmu,tp kalau kita hidup dgn ilmu dan iman serta takutkan Allah insyaallah..semoga Allah jauhkan aku dr sgala kerumitan,amin

Thursday 24 March 2011

Alhamdulillah semua telah selesai....

kenangan yg takkan dilupakan

                                                           puan rosma,antara rakan sejawat                                                       

                                                                      KHAI GROUP


                                                                         sweet memories


                                                 produk baru company,semoga berjaya semua                               


                                     majikan ku yg disayangi...terima kasih dato datin,jasamu dikenang  
                                                  hingga akhir hayat ku..semoga berjaya semuanya..


                          Hari ini semuanya telah selesai alhamdulillah...genap setahun sudah berlalu..sudah tiba masanya utk berlalu pergi..Bukan meninggalkan hanya ingin menambah ilmu dan pengalaman yg lebih luas..Terima Kasih sal ucapkan buat semua rakan2 di ........... kerana banyak membantu supaya sal menjadi manusia yg lebih baik,banyak ilmu yg dicurahkan disini,banyak pengalaman,suka duka,pahit maung..jasa dan budimu tidak akan dilupakan hingga hayat dikandung badan..ku hanya insan yg tiada pengalaman,kini aku pergi dlm ilmu,insyaallah...setinggi terima kasih ku ucapkan buat semua warga kerja yg sentiasa memberi sokongan pd sal..Maafkan andainya sepanjang perkhidamatan sal ada kekurangan di sana sini..ku doakan semua selamat berjaya..kita akn bekerjasama lagi walaupun bukan secara rasmi insyaallah....syukran jazilan

Tuesday 22 March 2011






UTK TEMPAHAN BOLEH TINGGALKAN KOMEN ANDA DISINI......:) TERDAPAT HARGA ISTIMEWA UTK SESIAPA YANG MENDAFTAR MENJADI AHLI..BAYARAN AHLI SEBANYAK RM50 SAHAJA...BERIKUT IALAH HARGA ASAL PRODUK....

1.revitalizing moisturizer-rm45.90
2.refereshing VCO shower gel-rm24.90
3.relaxing VCO shower gel-rm24.90
4.VCO hand n body lotion-rm39.90
5.VCO hair care- rm19.90
 

Setiap yg berlaku ada hikmah...

Asslamualaikum wbt,syukur alhamdulillah sal pnjatkan kepada Allah SWT yg menghidupkan kita selepas dimatikan sebentar pd malam hari yakni tidur..hari ini sal ingin kongsikan kisah seorg sahabat sal yg melalui hari yg sgt berhikmah dlm hidupnya...antara syariat dan godaan nafsu dan juga balasan Allah...utk menyenangkan pemahaman sal namakan dua invidu ini sbg Kay dan Laila..bukan nama sebenar..

       Baiklah..tak mahu cerita pnjang2..just sal akan elaborate kan sedikit sifat mereka berdua
Laila-seorg muslimah yg menutup aurat dan sentiasa menjaga diri utk stiasa hidup dalam syariat Islam
Kay-seorg yang dilanda banyak musibah dlm hidup yg membuatkan dia menjadi seorg yg sgt mudah tersentuh dan murung..seolah2 buntu dalam hala tuju hidupnya...walhal sebenrnya dalam kerjayanya die seorg yg hebat

lokasi:
Dalam kereta Laila..
sedang menuju ke sebuah restoran utk makan

Dalam perjalanan Kay ingin singgah sebuah kedai yg beroperasi selama 24jam utk membeli brg keperluan..
Laila tunggu dalam kereta..Apabila selesai membeli barangan yg diperlukan Kay masuk dlm kereta dan trus memandu..tiba2....BANNNGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

                         Berlaku perlanggaran antara kereta Laila dgn sebuah kereta lain yg melalui jalan yg sama..Alhamdulillah tiada kekecohan atau kecederaan berlaku..kedua2 pihak menyelesaikan dgn saling memaafi satu sama lain..Dalam hati Laila sentiasa memikirkan ini adalah peringatan dr Allah ataupun mungkin balasan dr Allah di atas perlakuan khilaf yg dilakukan samada sedar atau pun tidak..
Tetapi riak muka KAy menunjukkan seperti kecewa dan rasa bersalah,dan rasa hilang moodnya utk pergi ke restoran,tp apabila melihat riak muka Laila yg mengukir senyuman dgn wajah tenang..Kay mula hairan dan bertanya.."kenapa u senyum?"Laila dgn tenang menjawab "Alhamdulillah Allah bg peringatan di di dunia dan i masih lg hidup utk bertaubat pdNYa..mungkin ada salah yg i buat samada i sedar atau tak yg Allah bg balasan pd i supaya tidak lalai..alhamdulillah"...Kay termenung..rasa serba salah menyelubungi segenap tubuh dan seperti seolah2 ada getaran yg menggigit seluruh saraf nya...

           Tiba di restoran,mereka memesan makanan dan air,"Bismillahirrahmanirrahim"...Laila meneguk air kosong yg dipesan sebelum minum air yg manis...muka KAy terus sayu dan gelisah...Laila bertanya,"anything wrong?" Kay menjawab.."sebenarnya i terasa sesuatu lpas u cakap apa yg berlaku td aadalah balasan Allah".
Laila masih tenang dan bertanyakan kenapa Kay berasa begitu...Kay membertitahu yg semasa die singgah di kedai tadi dia telah membeli sesuatu yg haram!!!!
Dalam kewarasan aqal yg dikurniakan Allah Laila trus dapat menangkap maksud Kay tapi masih membiarkan Kay meneruskan kata2nya..."i beli arak"kata Kay sambil matanya menunduk malu dan menyesal..

Laila masih tenang dan tersenyum..Subhanallah...tak sampai seminit Allah dah bg balasan pd mereka yg berbuat sesuatu yg tidak diredhai Allah,tingginya kasih sayang Allah kpd umatnya..kenapa sal simpulkan begini?kerana kesan excident tadi membawa satu impak yg baik kepada kedua2 hamba Allah tadi dalam memperbaiki diri..baik,kita smbung lagi ceritanya...

        Utk beberapa minit Laila membiarkan Kay meluahkan sega;la isi hatinya..KAy bukanlah seorg yg tersangat jahil malah dia tahu ttg syariat,tau ttg hukum hakam,haram dan halal..tetapi die sendiri tidak tahu ape yg membuatkan hatinya seolah2 terkunci,dan kunci utk membuka hatinya itu telah hilang..LAila masih tersenyum sdgkan Kay berasa sudah tiada harapan utk nya malah merasa Allah sudah tidak menyayanginya..
Setelah KAy habis meluahkan segala yg erpendam giliran Laila pula bersuara,kali ini Laila nekad ingin mentarbiyah Kay dalam cara yg boleh diterima Kay insyaallah..
dimulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim...Laila menerangkn dgn lemah lembut dan memuji Kay berkali2 bahawa die seorg yang baik,yg penyayang,cuma hanya perlu betulkan jalan utk taqaarub pd Allah..
Pelbagai hujjah dan hadis dikeluarkan oleh Laila utk mematikan kata2 Kay yg kadang2 menentangnya,Laila menerangkan bagaimana makanan itu memberi impak bukan sahaja kepada perut malah kepada hati,tentang seksa kubur,ttg dosa org yg membeli arak,menjual arak,menghidangkan arak apatah lagi meminum arak..

              Diterangkan tentang kisah wali Allah yg bernama Malik bin Dinar supaya die tahu bahawa luasnya ampunan Allah seperti dalam hadith imam Nawawi yg bermaksud


Dari Anas bin Malik r.a,ia berkata.Saya mendengar Rasulullah saw bersabda,Allah Taala berfirman,Wahai Anak Adam,selagi engkau meminta dan berharap kepadaKU,maka Aku akn menagmpuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi.Wahai Anak Adam,walaupun dosamu sampai setinggi langit,bila engkau mohon ampun kepadaKU,nescaya Aku memberi ampun kepadamu.Wahai anak Adam,jika engkau menemui Aku dengan seberat bumi kemudian engkau bertemu dgnKU(mati) dan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun,nescaya Aku datang kepadamu denagn ampunan seberat bumi pula(HR AT  Turmudzi,beliau mengatakan Hadits Hasan Shahih)

Bersungguh2 laila menyampaikan segala ilmu yg diketahuinya kepada Kay dan akhirnya memberitahu Kay satu perkara yg sgt menyentuh hati Kay..."u iginkan ketenangan bukan,arak takkan bg u ketenangan,ia hanyalah perkabaran indah dr Syaitan utk mneyumbat u ke dalam neraka bersama dgnnya,kita takkan pernah tahu bila kita akan mati,mungkin lpas u minum nanti u akan mati ,dan di akhirat nanti u akan dibangunkan seperti meminum arak seumur hidup,tapi kalau u buang arak tu kejap lagi dan bertaubat nasuha serta solat dan sujud padanya..dan malaikat maut mencabut nyawa atas perintah Allah, u meninggal dunia dalam keadaan yg diidam2kan oleh stiap manusia dan dibangkitkan di hari akhirat seolah2 u sentiasa bersolat seumur hidup u..kalau u tak percaya,u balik rumah nanti cuba u buang arak tu,lpas tu mesti akan tenang,insyaallah..jika u tak mampu,cuba masa u nak minum nanti u baca Bismillahirrahnirrahim,kite tgk samada u masih sanggup minum atau tidak..tapi percayalah bukan ini ketenangan yg u mahu dalam hidup..syaitan itu diperbuat daripada api,api kalah dgn air,maka berwuduk dan solat la..kemudian ambil Al Quran,baca dan faham maknanya..u takkan jumpa ketenangan lain selain dari ini".kata2 Laila utk mengakhiri bicara.

Tanpa disedari air mata Kay mengalir memikirkan dosa sepanjang hidupnya..dan apabila tiba ke rumah,Kay masih memikirkan kata2 Laila..satu persatu butir perkataan Laila muncul dalam fikirannya,Laila pula hanya berdoa pada Allah agar sahabatnya itu diberikan hidayah dan dijauhkan dr istidraj.Laila akur dgn kehendak Allah kerana hanya Allah yg layak memberi hidayah kepada siapa yg dikehendakinya seperti yg terkandung dalam Al Quran..


                                                               BERITA GEMBIRA

Dengan kuasa Allah yang maha mengampun lagi maha mengasihani,Kay yg bg sal telah menerima hidayah dari Allah apabila Kay membuang minuman najis itu tanpa mengusik atau meneguk walau setitik pun,subhanallah..
Pada awalnya Kay membeli arak utk meminumnya,tetapi dgn kuasa Allah,dibalikkan hati hamba Allah itu supaya tidak meminumnya..terpulang pd Allah utk memberi ganjaran atas penghijrahan Kay ke arah kebaikan..dan isnyaallah sal yakin Kay akan menjumpai jalan yg lurus dengan menjaga pancainderanya,buat apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala laranganNYa..semoga Allah sentiasa bersama org2 yang sabar dalam dugaan,amin...


Sal sudah mengubah nama pelaku agar tidak timbul fitnah ke ats kedua2 hamba Allah ini,apa yg penting adalah kisahnya..cepatnya balasan Allah,dan tgginya kasih sayang Allah terhadap makhluk ciptaaNya..semoga kita semakin taqarrub kepada Allah SWT...
yg baik itu dr Allah,yg buruk itu hanya dr sal,maafkan andai tersalah kata atau bicara,kerana..
aku adalah Insan Biasa.....

wallahua'lam....

Saturday 19 March 2011

new...

alhamdulillah....kunjungan ke rumah kak sara,menambahkan ilmu di dada insyaallah...
colour vibration therapy..rasa mcm berminat nk belajar,mane lah tau dpt lebih taqarrub dgn Allah,insyaallah...

sesiapa yg berminat dgn pakaian abaya/jubah,berita baik utk anda..will be coming very soon insyaallah..design2 dan kain khas dr yaman serta madinah dgn harga berpatutan..beli jubah satu free 1 tudung..menarik kan?tggu k...:)

Friday 18 March 2011

All about me


Alhmdulillah..masih diberi nafas utk trus hidup di alam fana ini...im just so new dlm dunia blog,so maaf kalau tercacat sana sini..arini kite mulakan dgn sesi suai kenal bersama Salima k...

nama kalau ikut ic Nor Salima bt Habibi, dgn famili nama panggilan nurul,dgn kwn2 ade yg pggil sal,ade yg panggil salima..lahir pd 1 jan (tahun baru k) 1988 di hospital daerah kuala kangsar Perak... Anak sulung dr 5 org adik beradik,sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan jelapang,my favoutite teacher masa tu Puan Shamsinar,still missing her until now...dan mencari2 juga,kalau jumpa alhmdulillah..beralih ke sekolah menengah..mule2 dimasukkan ke sekolah men kg dato ahmad said ipoh,lpas sebulan dpt masuk asrama dlm jurusan Rancangan Khas Agama di Sekolah Menengah Sultan Yusof Batu Gajah..masa tu agak kelakar sbb bdn ku yg debab dan kulit ku yg gelap smp dpt gelaran dayang senandung oleh adik2ku,antara pelajar paling popular(kononnya) sbb pandai menyanyi..n antara student yg paling pndai bahasa Arab,masa tu je la pun..pastu,hehehhehe...masa kt asrama,bermulalah hidup ke sbg seorg perempuan yg berdikari,tp xbest la sbb masih ade budaya ragging kat asrama,nmpak je senior kene bg salam,xpela,tp kalau ade 10 org skaligus,10 kali la bg salam,kalau xbuat trus kene bambu masa perjumpaan...jd bermula juga drama 2 yg kdg2 best kadang mcm menyampah juga tgk,kecik2 dh dpt tgk poliitik manusia. 


       Sekecik2 kecik isu dr turn nak mandi,turn iron baju,turn beratur utk amik makanan,bnyk diajar supaya yg junior ni kene hormati yg tua/senior...tapi masa tu menu kantin kat sana mmg terbaik..sgt2 sedap,sampai bdn makin membulat...masa tu tak pernah terfikir langsung ttg org nak ngorat ke tak ke,tak amik port langsung.mak pun kdg2 bising suruh anak yg sulung ni jaga badan,tp sama je mcm tak ckp ape2,hehe..form 3 aku dh xnak duduk asrama lg,kelakar sgt ,org lain sebulan dua kali je blik umah,yg sal ni tiap2 minggu nak balik,demam la,sakit kaki la,ape la...homesick sbenarnya...so akhirnya famili stuju utk sal sekolah kat ipoh jer,mula2 tak tau nak masuk sekolah mane,jd parents anta masuk SMKJJ,sekolah yg sgt cantik bg aku..view yg xpnah ade kt skolah lain,equipment sume baru2..yelah,skolah tu pun mmg baru..kat sekolah ni aku sekolah xlama,tp smpat la mengukir sedikit nama dlm bidang koir dan tilawah Al Quran peringkat daerah..form3 masuk sekolah SMK Jati,lokasi depan rumah..hehhehe..selagi boleh dkat katanya...bnyk kenangan pahit manis kat sekolah ni yg kdg2 buat aku rs mcm nak menangis tp happy pun ade,sbb aku bnyk pencapaian kokurikulum di sekolah ini samada di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan...n sal juga ketua pengawas d sekolah ini,dan pnah jd ketua kontinjen utk ketua pengawas peringkat negeri Perak ke Perhimpuanan Agung Pemimpin Pelajar Peringkat Kebangsaan pd tahun 2004...itulah antara kenangan paling indah masa sekolah sbb masa ni dh kurus ckit..hehehhe ,so merasa la juga kene mengorat..hahhahaha


Umur 18 dh masuk AF4..alhmdulillah terpilih top 20 dan terpilih menjadi top12 slepas penilaian di konsert prelude.as people around know,sal adalah pelajar pertama yg bertudung dlm sejarah AF,so bnyk la kontroversi melanda diriku ini,sal anggap itu semua dugaan dan peringatan dr Allah supaya bersederhana dalam apa jua wpun ketika itu baru berumur 18 tahun...isu letak kaki  ats meja,isu accident,isu rambut palsu,masyaallah..bnyk nye kesalahan pd diriku ini,tp Alhmdulillah Allah letakkan sal dlm industri hiburan supaya akn sentiasa org yg menegur,samada niat mereka ikhlas ataupun apa jua,tetap berhikmah,lgpun takkan berlaku apa shj tnpa izin Allah kn?jd sal terima dgn redha dan mengucapkan terima kasih pd semua yg selalu menegur sal,semoga Allah membalas jasa kalian...ada banyak lg cerita ttg diri ini yg ingin di kongsikan tapi sal nak break maghrib kejap,sambung nanti k..wslm...

 

Friday 11 March 2011

hihihiih...

macam kelakar plak rasa,sampai je kat kdai teh tarik...jeng jeng jeng!!!!!!!ade tryer...nasib la aku ini insan biasa...yg Allah jdkan utk bersabar atas sgala ujian..cm geli tapi tgk jela,dh teradap dpan mata....astaghfirullahalazim...smoga Allah pelihara aku dr maksiat...tibe2 teringat konsert muzikal seroja at palce of the golden horses tahun 2006...konsert paling best yg pnah aku buat....islamic concept...emmmm dh ngntuk la ,nak balik la..

Assalamualaikum....

yes...first day ade blog.....location at ofis pukul 9.13pm...just a simple person with complicated life and relation i guess...tp aku bersyukur,krn biarlah masalah dtg mcm mana beratnya..Allah tetap kurniakan aku kesabaran yg aku tak tau dr mana kekuatan itu dtg...subhanallah...hebatnya kasih sygmu pd ku Ya Allah...adakah aku cukup menghargai?wallahua'alam...eh,cm tulis diari plak ber 'aku' ni...just call me sal everybody:).....skrg nak pg teman rosma af1 minum teh tarik jap,nanti sambung balik..daaaa:) assalamualaikum