Blogger Backgrounds

Thursday 24 November 2011

ku gembira disampingmu:)

        assalamualaikum...hehehehehhe,title tu sal letak saje je sbb kebetulan tgh nyanyi lagu tu,dr nyanyian Khatijah Ibrahim n so popular song formerly.lamaaaaaaa sgt rasanya sal xdpt nk meng update blog ni,atas kesibukan jadual,kdg2 bz ngn appoinment (ehem ehem) hehhehe dan sebagainya..seperti biasa hidup ada naik turun,ada suka ada duka,ada bahagia adakalanya perlu rs derita,dgn itu kita akan lebih bersyukur kan..

           Dalam tak sedar dah hampir 6 bulan sal bertugas sebagai duta di Allianze University Kepala Batas,semuanya berjalan lancar setakat ini,satu bidang baru yg tak pernah sal jangka akan terlibat selepas bergelar penyanyi..i've learn alot from the environment,from the people n student,termasuk dr rakan sekerja,iaitu rakan2 duta sendiri,kami semua mempunyai skill masing2,cara pemikiran yg berbeza tp bila disatukan dlm sebuah kumpulan,semuanya jd sebati:)
       Personal life pun better alhamdulillah,mcm2 yg jadi sejak bulan puasa lepas,pertemuan yg x disangka,segalanya tanpa disangka dan akhirnya diri ini akur dgn ketentuan Allah,yg menemukan kami,alhamdulillah....siapa,apa,bagaimana,sal belum ready kongsikan lagi,tp cukuplah jika sal katakan sal sgt bahagia dgn kehidupan skrg,dari keluarga,rakan2,semuanya alhamdulillah berlangsung dgn sgt baik..

                                                      still remember this beautiful moment:)
 gambar ni masa sambutan aidilfitri AUCMS..inilah duta2 nya,tp lan kristal xde masa ni,die kat sabah.

ni masa sal attend utk Islamic Fashion Show di Jw Marriot,by the way,welcome to siti nordiana yg bru shj berhijrah memakai tudung,alhamdulillah.


     Tetapi tak semua yg kita rancang akan jd kenyataan,dunia bukan dlm kawalan tgn kita,dalam sal bergembira ada juga sahabat yg derita dgn mcm2 masalah dunia.ada yg kecewa dgn masalah cinta yg tak kesampaian,ada yg kecewa dgn rakan yg hilang,ada juga yg kecewa kerana masalah keluarga,xkurang juga ada yg resah dengan tuntutan dunia,yg sgt menyesak dada kini,semua org nak KAYA,semua org berlumba2 utk jd senang,semua org nak BAHAGIA dgn pasangan masing2,semua nak kahwin dgn org dicintai,tp akhirnya qada' dan qadar itu adalah urusan Allah...manusia merancang,Allah juga merancang,ternyata rancangan Allah yg terbaik.

    Bukan senang kan nak didik hati agar sentiasa redha,syukur, bukan sahaja dgn rahmat Allah malah dgn musibah yg diberi.tapi bila memikirkan ganjaran yg akan kita dapat apabila bersabar dan redha,ia menjadikan kita kuat.bukan juga senang nak sabar,perlakuan manusia ni kadang2 melampaui batas,TAPI bila kita dekat dgn Allah,sentiasa ada jalannya
    
    Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:"Bertakwalah pd Allah di mana pun kau beradadan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik,nescaya terhapus yg buruk.Bergaullah manusia dengan akhlak yang luhur.
(Riwayat at Tirmizi)

   Minggu lepas sal pergi ke ISLAMIC FASHION XII AMAED di JW MARRIOT HOTEL Kuala Lumpur,alhamdulillah makin ramai yg makin terbuka hati utk memakai hoojab atau hijab atau kita panggil tudung,dah banyak fashion yg muslimah boleh gayakan sekarang,cantik2 dan yg penting menutup aurat.even sal sendiri pun xlepas dr mengikuti fashion busana muslimah sekarang,antara designer kegemaran sal adalah Hajaba,Najjah,dan banyak lagi,hopefully i'll coming out with my own collection soon,insyaallah...
gambar ni plak masa kami semua bercuti di atas Starcruise Libra sbb celebrate birthday manager kami pn sheila,semoga berbahagia bersama keluarga,panjang umur dan murah rezeki.
 

   Walaupun lately sal selalu perlu ke hospital sbb sakit athma yg slalu menyerang,mungkin disebabkan cuaca atau persekitaran yg tak bersih,maklumlah banyak insan yg rajin nak bakar nyamuk walaupun nyamuk pun dh xlarat nak keluar akibat asap yg berkepul2,so kita ni pun terpaksa sedut udara yg tak sihat tu dan sakit.seiously i dont like cigarrate,smoke and smokers..masa dorg smoke jela,sbb saya terpaksa sedut juga asap tu walaupun saya tak nak,kadang2 saya terfikir kalau kita pukul org dgn sengaja n org tu cedera,masuk hospital,mesti org yg pukul td di salahkan bukan,dosa pun dapat.Kalau org yg smoke plak,apa pendapat anda?die sengaja nyalakan rokok,sengaja hisap rokok,walaupun ada org di sekeliling,n org sekeliling sakit sbb asap rokok yg merbahaya tu,mcm mana kita nak kategorikan mereka ni?

                                          kalau nk smoke jauhkan diri dr saya yer..heheheh

   Pesanan saya mungkin tak dipandang pun,tp sekadar menjalankan tanggungjawab,JANGANLAH MEROKOK!!!sebab merokok membahayakan diri sendiri dan sgt tak adil membahayakan nyawa org lain sebab kepentingan diri sendiri,n perbuatan tu juga membazir...dari membazir beli rokok baik sedekah kat anak2 yatim ke,masjid ke,dapat juga pahala dunia akhirat kan...:) 

  Cukup setakat ini sahaja kot,banyak kerja rumah kene buat,esok sal akan bertolak ke Kepala Batas menjalankan tanggungjawab sebagai duta di AUCMS.wish me luck guys..
Asssalamualaikum wbt..
    

Tuesday 8 November 2011

hari tidak selamanya cerah,dan tidak selamanya mendung

           Bismillahirrahmanirrahim...ada saat dalam hidup rasa bahagia sangat,ada saat dalam hidup rasa sgt sempit,seperti ada beban di dalam dada..selalunya terjadinya perkara ini bila datangnya situasi yg dinamakan musibah.Sakit,sedih,pedih,duka,semuanya bersarang dalam hati,minda dan melemahkan seluruh sendi anggota jasad yg sementara ini.kadang kadang bila musibah itu tiba,kita rasa seperti dugaan kepada kita lah yg paling berat,org lain takkan faham,takkan mengerti,apatah lagi menolong..seperti kata pepatah "TEMAN KETAWA SENANG DIDAPAT,TEMAN MENANGIS SUKAR DICARI"..tetapi ada satu teman yg bile gembira kita lupa die,bile menangis barulah kite cari cari..ALLAH SWT..yg mencipta,yg sentiasa wujud,yang tidak pernah tidur,yg sentiasa menunggu doa dr kita utk dimakbulkan,adakah kita manfaatkan sepenuhnya?


   Wahai jasad,wahai aqal,wahai hati,wahai roh,kamu adalah milik Allah,maka kenapa perlukan yg lain selain dr Allah?jangan bersedih,jangan mengeluh,jangan meratap di atas dugaan yg ditimpakan,sesungguhnya Allah sedang menguji cintamu,Allah menguji betapa ikhlasnya shahadahmu,Allah menguji berapa kental imanmu,Allah menguji betapa dalamnya cintamu,adakh cinta kepada dunia melebihi aqidah,melebihi agamamu?Subhanallah!ujian itu bukan hanya datang dalam rupa kemiskinan,jahil,kematian,atau bencana alam semata mata.Kekayaan,ilmu,anak anak,pangkat,harta,suami,isteri,juga adalah ujian dari Allah...ujian pasti tiba,jangan lah bersedih wahai hati,berdoalah pada yg maha Esa.

Selalu kite dgr ungkapan,'korg boleh cakap,tp korg xrasa ape aku rasa,",bukankah Allah menegetahui segala2nya..tiada satu perkara pun lepas dr pemerhatiannya walaupun sehelai daun yg gugur juga dibawah pemerhatiannya,maka mengapa perlu bersedih?
Bersama kita ada penawar segala sakit,kedukaan,dan penderitaan,iaitu mukjizat Allah kpd Nabi Muhammad saw,AL QUran..senaskhah tetapi merangkumi seluruh keperluan hidup didunia dan akhirat,bertepatan dgn firman Allah SWT,
Maksudnya:"Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang orang yg beriman.
Percaya tak,kita sering kali rasa dugaan kitalah paling kuat,seolah2 org lain tidak ditimpa dugaan..ada yg bersedih kerana tidak bertemu jodoh,tetapi lupakah mereka ada juga yg bersedih wpun sudah berkahwin,ada yg sedih apabila tidak dikurniakan zuriat,tetapi ade juga yg derita akibat mendapat anak yg derhaka..ada yg sedih kerana miskin,tetapi ade yg bersedih apabila kaya tetapi menanggung sakit yg tiada penawar.Dapat dilihat disini setiap manusia ade bahagian masing masing,kita berbalikla pd yg hakiki..
Setiap makhluk memerlukan Allah dlm hidup ini,hanya Allah shj yg layak dicari,tanpaNya setiap makhluk tidak akan mendapat apa yg dihajati.mengharapkan pertolongan atau perlindungan selain dari pd Allah adalah perbuatan yg bahaya dan dibenci Allah.

Dalam surah Hud ayat 88 juga menerangkan ttg pertolongan Allah yg bermaksud
"Dan tidak ada anugerah bagiku melainkan dengan pertolongan Allah.Hanya kpd Allah aku bertawakkal dan hanya kepadaNyalah aku kembali".

Kebiasaannya apabila seseorg redha dgn perkara yg berlaku ke atas mereka,ia memberi manfaat dlm hidupnya.Tetapi apabila sebaliknya,contohnya apabila seseorg yg pd mulanya redha dgn apa yg berlaku tetapi apabila ditimpakan perkara itu mereka patah semangat dan menyesal,jelaslah ini lahir bukan dr hati yg ikhlas.

Dan percayalah,dugaan,sakit,derita yg ditimpakan pd kita bnyk nikmatnya,jika dgn musibah itu dosaku diampunkan,aku rela ya Allah,jika dgn bersabar aku mendapat ganjaran disiMu,aku rela,aku redha,dan jika dgn dugaan itu dpt meningkatkan kecintaanku pdMu,aku ikhlas..
Allah menegaskan dlm surah Al Baqarah ayat 286
"Sesungguhnya Allah tidak membebani diri kecuali sebatas kemampuannya"$

Wahai hati,senyumlah apabila ditimpa musibah,sesungguhnya Dunia adalah tempat menguji iman manusia,ada destinasi yg indah menanti utk mereka yg sabar..berbaik sangka pd Allah,setiap apa yg terjadi atas diri kita adalah yg terbaik utk kita.

Seperti dalam surah at taubah ayat 51 yg bermaksud

"Katakanlah,"sekali kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yg telah ditetapkan oleh Allah bg kami.Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah org2 beriman harus bertawakkal."

Maka janganlah bersedih wahai hati..ketahuilah bahawa kesusahan itu hanyalah seperti awan di musim panas yg sebentar lagi akan berlalu.jangan takut dengan gemuruh petir dan sambaran kilat,kerana boleh jadi awan itu membawa hujan yg menyejukkan.Wallahua'alam..

Nabi Ismail sebagai Korban