Blogger Backgrounds

Saturday 11 June 2011

alhamdulillah persembahan teater selesai..

                Assalamualaikum wbt,hampir 6 tahun sejak sy terlibat dalam teater,xsedar betapa pantas masa berlalu,alhamdulillah persembahan teater lakonan saya,Kuniey,Lan Zailan,Yana Af dan ramai lagi artis lain berjalan dgn lancarnya walaupun banyak rintangan berlaku,dgn jadual kerja saya yg padat,terpaksa berulang alik dari KL ke penang semata2 ingin memberi komitmen terbaik demi menjayakan persembahan.Teater yang bertajuk Pulang-Raya terakhir,skrip dan arahan oleh Amizai mempunyai garapan cerita yg ringkas dan mudah difahami,penuh dgn emosi dan sensitiviti masyarakat melayu,antaranya ttersangat malu dgn apa yg orang kata dr apa yg sebenarnya berlaku.selain itu,jalan ceritanya mungkin agak mudah dibaca bg mereka yg sudah terbiasa dgn filem atau drama melayu.Tetapi apabila dihiasi dgn lakonan mantap beberapa penggiat teater yg berpengalaman,pelakon tempatan yg tidak asing lagi,plotnya nampak lebih menarik.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah,Allah telah mengurniakan saya kesihatan dan kekuatan sepanjang tempoh teater dan insyaallah rasanya saya sudah melakukan yg terbaik atas bakat sy yg sgt kecil dlm bidang teater.Kini,saya lebih selektif berbanding 6tahun lepas,jika ada yg masih ingat saya pernah dikaitkan dgn kontroversi memakai rambut palsu utk menjayakan watak sbg Permaisuri Tanjung Karang dalam pementasan teater "Rangkas Putera" pada tahun 2006.ya,mmg salah saya ketika itu bersesuain pula dgn umur 18tahun,masih mentah dan masih tidak pandai menolak sebarang arahan dr pengarah terutamanya,yelah,kita ni dh biasa ikut cakap cikgu dr sekolah kan,jd terbawa2 bila masuk dlm industri sedangkan dlm industri hiburan memerlukan kita utk sentiasa menegakkan prinsip agar tidak tersasar,tp alhamdulillah dgn kesalahan itu juga saya makin terbuka mata dgn apa yg sy boleh buat dan tak boleh buat sbg seorang artis bertudung,tujuan sy berlakon selain dr mencari rezeki adalah utk mencari peluang dimana saya dpt belajar selok belok pembikinan teater baiik dr segi pengurusan,promosi,dan penerbitannya agar suatu hari nt kalau diizinkan Allah dapat saya terbitkan teater saya sendiri tp berkonsep dakwah zaman moden insyaallah..

      Alhamdulillah juga kini karier saya sbg penyanyi tidak lagi diuruskan sy sdiri malah sy telah diambil bersama rakan2 lain seperti Rosma Af,Khai Af,Lan Kristal,Aliff Af6 dan pelakon Zuraini Kassim ke sebuah syarikat bg menguruskan karier kami iaitu World Event Management (WEM).Insyaallah,akan datang produk2 baru dari kami semua tak lama lagi.THANKS TO WEM!!!dan sebenar2 terima kasih tidak lain melainkan pada ALLAH SWT yg memberi rezeki dan limpah kurnianya di atas setiap makhluk di atas muka bumi.inilah dinamakan qada' dan qadar Allah,jika ada yg bertanya kepada saya kenapa meninggalkan company lama,ini sahaja jawapan yg akan saya beri kerana tentang rezeki semuanya di tgn Allah,ada hikmah atas segalanya yg berlaku atas muka bumi ini,samada kita mahu terima atau tidak sahaja.Bagi pihak saya,saya sentiasa mendoakan agar mereka sentiasa di bawah lindungan Allah swt,nasihat saya kepada diri dan masyarakat pula,jangan mudah menghukum manusia atas kesalahan yg dibuat,barangkali mereka atau diri kita sendiri tidak cukup ilmu atas sesuatu perkara yg menyebabkan kita tersasar dalam membuat keputusan dan akhirnya melakukan kesalahan,tetapi apabila telah sedar kita telah melakukan kesilapan,samada pada manusia atau pd Allah,jgnlah terus menerus melakukannya dgn menganggap semua sudah terlambat,pintu ampunan Allah itu sgt luas,segeralah bertaubat.dan,sabarlah menghadapi dugaan,kerana dugaan itulah pengukur keimanan dan kecintaan kita serta keikhlasan kita kepada yg maha esa..Jika rasa tidak kuat,bayangkanlah di zaman Nabi nabi terdahulu yg menjadi pesuruh Allah juga diduga dgn pelbagai cabaran yg hebat,tetapi mereka sabar dan ikhlas,akhirnya menemui bahagia,kerana Allah SWT itu amat besar PengasihNYa dan kecintaanNya..

Ingin saya petik sedikit kisah nabi Yusof A.S yg banyak melalui dugaan dalam hidupnya,dari kecil lagi baginda dicemburui saudara saudaranya kerana baginda paling disayangi oleh ayah mereka,nabi Yaakub.akibat cemburu yg meluap2 maka mereka merancang utk mencampakkan Nabi Yusof ke dalam perigi dan rancangan mereka terlaksana,Nabi Yusof kemudiannya dijumpai oleh seorang pedagang apabila beliau ingin mengambil air di daam perigi tersebut,apabila melihatkan susuk tubuh dan rupa paras Nabi Yusof yg menawan maka dijualnya Nabi Yusof dgn harga yg tggi.Nabi Yusof dibeli oleh Ketua Polis Fathifar iaitu suami kepada Zulaikha..ingat anda kepada Zulaikha?seorg yg sgt mengagumi Yusof dan mencintai Yusof akibat ketampanannya sehingga tidak dapat menolak hasrat syahwatnya terhadap Yusof,lalu diluahkan isi hatinya pada Yusof dan sudah tentu ditolak Nabi Yusof kerana Zulaikha adalh isteri kepada ayah angkatnya.

     zulaikha tetap memaksa dan mengejarnya sehingga belakang baju Nabi Yusof hingga terkoyak.Aksi itu disaksikan oleh Futhifar dgn penuh sangsi,lantas trus Zulaikha memfitna bahawa Nabi Yusof la yg menggodanya dan ingin memuaskan nafsu terhadap isterinya.Yusof tidak dapat melakukan apa apa selain menceritakan perkara yg sebenarnya,bahawa Zulaikha lah yg berkehendakkan dirinya.dan berkata seorang perempuan dari keluarga itu seperti yg terdapat dalam surah Yusof ayat 27-29 yg bermaksud.

"Jika baju Yusof koyak dari depan,maka benarlah tuduhan perempuan itudan menjadilah Yusof org yg berdusta.Dan jika bajunya koyak dr belakang,maka dustalah perempuan itu,dan yusof adalh dr org2 yg benar."

Setelah dilihat,mmg baju Yusof koyak dr belakang,maka diminta dirahsiakan perkara itu dan mnyuruh Zulaikha meminta maaf di atas kesalahannya.Zulaikha memperlihatkan Yusof kepada perempuan2 yg menghinanya kerana meninginkan Yusof,tetapi mereka juga tergamam sehingga tidak sedar mengerat jari sendiri akibat terpesona dgn ketampanan Yusof.Ketika inilah Yusof berdoa pada Allah SWT agar dipenjarakan,kerana ia lebih mulia dr terjerumus ke lembah maksiat dan perbuatan mungkar.

Sahabat sahabat sekalian,beginilah sifat Nabi nabi pada zaman dahulu,yg Allah cipta dr golongan manusia biasa seperti kita agar dapat kita contohi keikhlasan mereka utk mempertahankan kesucian agama.berbalik kepada topik di atasa td,semua manusia tidak terlepas dr dugaan Allah SWT ,hendaklah kita sentiasa bersabar dan janganlah berharap selain dr Allah SWT.yg baik itu dr Allah,yg buruk itu dr saya,kerana kau hanyalah insan biasa,wallahua'lam

2 comments:

  1. cik Salima...
    sakit mata aku baca blog ko nie..
    tukar la font darling..
    ape2 pon,semoga ape yg bakal mendtg nie akan membuatkan kite lebih berjaya tanpa melakukan kerja2 yg bukan dr hati kite..

    GUD 2 U & WEM..

    ReplyDelete
  2. hehehehhe..aku buat spontan je ni lan,xsempat edit pun trus aku post:)

    ReplyDelete