Blogger Backgrounds

Saturday 25 June 2011

Pelangi....

   Assalamualaikum wbt,dah lama sgt rasanya sal xupdate blog ni,kerja agak membataskan beberapa minggu ini,alhamdulillah rezeki dr Allah..ada banyak perkara yg berlaku dlm beberapa minggu ini dlm kehidupan sal,berita gembira,sedih,terkejut sume cukup..penuh dgn warna warni ibarat pelangi yg menjadikan hari hari sal semakin indah..

   Alhamdulillah dgn rasminya sal dan lima rakan artis yg lain dah selamat dilantik sbg duta Allianze University College of medical Sciences pada majlis bersama media di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas pada 15jun yg lalu.Segala yg dirancang berjalan dgn lancarnya,credit to management WEM yg bnyk membantu memastikan majlis berjalan dgn jayanya..walaupun beberapa minit sebelum majlis bermula kami dikejutkan dgn kehadiran beberapa org dr syarikat lama yg dtg berenam dan membawa camcoder bersama,kami tetap tenang,sbb bg kami selagi xtahu apa motif kedatangannya kami akan bersikap baik pd sesiapa sahaja,alhamdulillah tiada sebarang kekecohan atau perkara yg tidak diingini berlaku spanjang majlis..Walaupun sebenarnya kehadiran mereka menimbulkan syak wasangka dr pihak media yg sempat merakam aksi mereka spanjang berlangsungnya majlis.





   Habis je majlis perlantikan sebagai duta sal trus ke kl utk majlis perkahwinan sepupu sal plak pd 17 dan 18jun 2011..my cousin diana selamat menjadi isteri kekasihnya mahadir mohammad,bahagia sgt tgk akhirnya bila cinta mereka dpt diakhiri dgn ikatan pernikahan dan memulakan fasa baru dlm kehidupan berumah tangga,tp standard la kan bile dh ramai sepupu yg dah kawin ni,sal mmg xkn selamat dr ditanyakan soalan ttg bile nak kawin??hurmmmm,mcm mana nak jawab yer,ckuplah sekadar sal serahkan sgala2 ttg jodoh pd yg maha esa..ade yg cuba singgah di hati ini skali lg tp i dont want to comment anything about that at this moment,biarlah menjadi rahsia hatiku,hehehe..yg penting kini hari2 sal penuh dgn snyuman dan restu ibu bapa dlm sgala yg sal lakukan stiap hari.




    Selesai je majlis perkahwinan diana,sal pergi ke penang smula utk rehearsel pementasan teater Mahsuri anjuran AUCMS,pementasan di Auditorium P Ramlee P.Pinang..semalam baru abis persembahan utk malam pertama ,ada dua malam lagi..Syukur tak terhingga ke hadrat yg Maha Esa krn menganugerahkan sal kesihatan utk trus meneruskan hidup dan melakukan ibadah..maafla yer entry kali ni sgt simple n kurang puitis atau kata2 hikmat seperti slalu,im a little bit exhausted because of my tight schedule..cuma apa yg sal nak kongsi sikit utk penghujung entry ini ialah..
                                          Belakang tabir Teater Mahsuri




Cinta dtg tak perlu diundang,xtahu pula dr mana ia datang,
bila cinta bukanlah kerana dia sempurna,bukan juga kerana dia istimewa,
tetapi kerana sudah tertulis azalinya,maka apabila bertemu,bertaut dua hati menjadi satu..
indah rasa itu membangkitkan syukur pd yg maha esa,
mana mungkin dua insan asing bisa menjalin hati menjadi satu tnpa disedari,
rupanya semuanya adalah pemberian ihsan dr ilahi,
ingin ku pelihara cinta ini agar tak dicemari nafsu yg mampu menghakis cinta suci..
ku perlukan pertolonganMu ya Rabbi..
agar dapat aku mencontohi cinta Siti Fatimah kpd Saidina Ali,
cinta yg dipendam tnpa dibutir dgn kata2,
tetapi akhirnya bersatu jua krn kepercayaan yg tertinggi kepda Maha Esa..
Percaya pd Allah ttg jodohmu..wallahua'lam

sekian...aku hanya insan biasa..

Monday 13 June 2011

bahagia...:) alhamdulillah

hari hari indah sdg menyeberangi dlm dasar hidupku..Alahmdulillah ya Allah..sinar yg dtg takkan muncul tnpa izinmu..xtaula boleh dikongsi atau tidak tp ckuplah sal bgtau yg sal sgt bahagia,dgn kehidupanku yg baru,kerja baru,suasana baru dan org baru hehe..

Benar,langit xselama nya cerah dan xselamanya mendung..hargailah dugaan bila ianya dtg kerana hasilnya sabar itu akan dpt dilihat apabila nikmat Allah menyusul kemudian atas ganjaran dr kesabaran..syukur syukur syukur..

pertemuan,jodoh,rezeki,ajal dan maut semuanya dtg dr Allah,ikutlah laluan yg btul agar tidak tersasar dan menemui kebahagiaan yg sebenar iaitu ketenangan yg tiada taranya..Cinta..akan dtg dan pergi,yg memegang cinta itu adalah iman dan paksi yg dihadapkan pd keredhaan Allah..jika ingin cintamu berjaya,jagalah imanmu dan jagalah Allah,Allah akan menjaga kita..tiada nikmat lebih dr itu..kini kehidupan sal sdg melalui saat pencapaian impian2 yg pernah diidamkan dahulu..rumah baru kami di chepor adalah impian mak dan abah,impian ku utk menjadi kakak yg penyayang pd adik2,anak yg membahagiakan ibu bapa dan jika da rezeki ku nt menjadi isteri yg menyenangkan hati suaminya..amin..









Cuma ada satu harapanku ini yg sangat hati ini ingin lunaskan dn harap Allah memanjangkan umurku utk impian ini..sal nak pg umrah dgn satu keluarga sal,tiada tmpt yg layak selagi blum menjejak ke tanah suci..tidak ku tahu bagaimana lg harus ku zahirkan rasa syukur atas segala kenikmatan hidup atas ihsan Allah SWT...cinta yg mencurah2 dlm hati ini tiada yg lain utk mu Ya Tuhanku,dan kpd Nabi serta Rasul seluruh alam..semakin hari ku mendekatkan cintaku pdMu seperti seorg kekasih yg merindui pacarnya tetapi cinta yg satu ini membuatkan ku sgt bahagia krn takkan pernah aku ditinggal atau diabaikan..Subhanallah..

Syukran Allah....

Saturday 11 June 2011

alhamdulillah persembahan teater selesai..

                Assalamualaikum wbt,hampir 6 tahun sejak sy terlibat dalam teater,xsedar betapa pantas masa berlalu,alhamdulillah persembahan teater lakonan saya,Kuniey,Lan Zailan,Yana Af dan ramai lagi artis lain berjalan dgn lancarnya walaupun banyak rintangan berlaku,dgn jadual kerja saya yg padat,terpaksa berulang alik dari KL ke penang semata2 ingin memberi komitmen terbaik demi menjayakan persembahan.Teater yang bertajuk Pulang-Raya terakhir,skrip dan arahan oleh Amizai mempunyai garapan cerita yg ringkas dan mudah difahami,penuh dgn emosi dan sensitiviti masyarakat melayu,antaranya ttersangat malu dgn apa yg orang kata dr apa yg sebenarnya berlaku.selain itu,jalan ceritanya mungkin agak mudah dibaca bg mereka yg sudah terbiasa dgn filem atau drama melayu.Tetapi apabila dihiasi dgn lakonan mantap beberapa penggiat teater yg berpengalaman,pelakon tempatan yg tidak asing lagi,plotnya nampak lebih menarik.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah,Allah telah mengurniakan saya kesihatan dan kekuatan sepanjang tempoh teater dan insyaallah rasanya saya sudah melakukan yg terbaik atas bakat sy yg sgt kecil dlm bidang teater.Kini,saya lebih selektif berbanding 6tahun lepas,jika ada yg masih ingat saya pernah dikaitkan dgn kontroversi memakai rambut palsu utk menjayakan watak sbg Permaisuri Tanjung Karang dalam pementasan teater "Rangkas Putera" pada tahun 2006.ya,mmg salah saya ketika itu bersesuain pula dgn umur 18tahun,masih mentah dan masih tidak pandai menolak sebarang arahan dr pengarah terutamanya,yelah,kita ni dh biasa ikut cakap cikgu dr sekolah kan,jd terbawa2 bila masuk dlm industri sedangkan dlm industri hiburan memerlukan kita utk sentiasa menegakkan prinsip agar tidak tersasar,tp alhamdulillah dgn kesalahan itu juga saya makin terbuka mata dgn apa yg sy boleh buat dan tak boleh buat sbg seorang artis bertudung,tujuan sy berlakon selain dr mencari rezeki adalah utk mencari peluang dimana saya dpt belajar selok belok pembikinan teater baiik dr segi pengurusan,promosi,dan penerbitannya agar suatu hari nt kalau diizinkan Allah dapat saya terbitkan teater saya sendiri tp berkonsep dakwah zaman moden insyaallah..

      Alhamdulillah juga kini karier saya sbg penyanyi tidak lagi diuruskan sy sdiri malah sy telah diambil bersama rakan2 lain seperti Rosma Af,Khai Af,Lan Kristal,Aliff Af6 dan pelakon Zuraini Kassim ke sebuah syarikat bg menguruskan karier kami iaitu World Event Management (WEM).Insyaallah,akan datang produk2 baru dari kami semua tak lama lagi.THANKS TO WEM!!!dan sebenar2 terima kasih tidak lain melainkan pada ALLAH SWT yg memberi rezeki dan limpah kurnianya di atas setiap makhluk di atas muka bumi.inilah dinamakan qada' dan qadar Allah,jika ada yg bertanya kepada saya kenapa meninggalkan company lama,ini sahaja jawapan yg akan saya beri kerana tentang rezeki semuanya di tgn Allah,ada hikmah atas segalanya yg berlaku atas muka bumi ini,samada kita mahu terima atau tidak sahaja.Bagi pihak saya,saya sentiasa mendoakan agar mereka sentiasa di bawah lindungan Allah swt,nasihat saya kepada diri dan masyarakat pula,jangan mudah menghukum manusia atas kesalahan yg dibuat,barangkali mereka atau diri kita sendiri tidak cukup ilmu atas sesuatu perkara yg menyebabkan kita tersasar dalam membuat keputusan dan akhirnya melakukan kesalahan,tetapi apabila telah sedar kita telah melakukan kesilapan,samada pada manusia atau pd Allah,jgnlah terus menerus melakukannya dgn menganggap semua sudah terlambat,pintu ampunan Allah itu sgt luas,segeralah bertaubat.dan,sabarlah menghadapi dugaan,kerana dugaan itulah pengukur keimanan dan kecintaan kita serta keikhlasan kita kepada yg maha esa..Jika rasa tidak kuat,bayangkanlah di zaman Nabi nabi terdahulu yg menjadi pesuruh Allah juga diduga dgn pelbagai cabaran yg hebat,tetapi mereka sabar dan ikhlas,akhirnya menemui bahagia,kerana Allah SWT itu amat besar PengasihNYa dan kecintaanNya..

Ingin saya petik sedikit kisah nabi Yusof A.S yg banyak melalui dugaan dalam hidupnya,dari kecil lagi baginda dicemburui saudara saudaranya kerana baginda paling disayangi oleh ayah mereka,nabi Yaakub.akibat cemburu yg meluap2 maka mereka merancang utk mencampakkan Nabi Yusof ke dalam perigi dan rancangan mereka terlaksana,Nabi Yusof kemudiannya dijumpai oleh seorang pedagang apabila beliau ingin mengambil air di daam perigi tersebut,apabila melihatkan susuk tubuh dan rupa paras Nabi Yusof yg menawan maka dijualnya Nabi Yusof dgn harga yg tggi.Nabi Yusof dibeli oleh Ketua Polis Fathifar iaitu suami kepada Zulaikha..ingat anda kepada Zulaikha?seorg yg sgt mengagumi Yusof dan mencintai Yusof akibat ketampanannya sehingga tidak dapat menolak hasrat syahwatnya terhadap Yusof,lalu diluahkan isi hatinya pada Yusof dan sudah tentu ditolak Nabi Yusof kerana Zulaikha adalh isteri kepada ayah angkatnya.

     zulaikha tetap memaksa dan mengejarnya sehingga belakang baju Nabi Yusof hingga terkoyak.Aksi itu disaksikan oleh Futhifar dgn penuh sangsi,lantas trus Zulaikha memfitna bahawa Nabi Yusof la yg menggodanya dan ingin memuaskan nafsu terhadap isterinya.Yusof tidak dapat melakukan apa apa selain menceritakan perkara yg sebenarnya,bahawa Zulaikha lah yg berkehendakkan dirinya.dan berkata seorang perempuan dari keluarga itu seperti yg terdapat dalam surah Yusof ayat 27-29 yg bermaksud.

"Jika baju Yusof koyak dari depan,maka benarlah tuduhan perempuan itudan menjadilah Yusof org yg berdusta.Dan jika bajunya koyak dr belakang,maka dustalah perempuan itu,dan yusof adalh dr org2 yg benar."

Setelah dilihat,mmg baju Yusof koyak dr belakang,maka diminta dirahsiakan perkara itu dan mnyuruh Zulaikha meminta maaf di atas kesalahannya.Zulaikha memperlihatkan Yusof kepada perempuan2 yg menghinanya kerana meninginkan Yusof,tetapi mereka juga tergamam sehingga tidak sedar mengerat jari sendiri akibat terpesona dgn ketampanan Yusof.Ketika inilah Yusof berdoa pada Allah SWT agar dipenjarakan,kerana ia lebih mulia dr terjerumus ke lembah maksiat dan perbuatan mungkar.

Sahabat sahabat sekalian,beginilah sifat Nabi nabi pada zaman dahulu,yg Allah cipta dr golongan manusia biasa seperti kita agar dapat kita contohi keikhlasan mereka utk mempertahankan kesucian agama.berbalik kepada topik di atasa td,semua manusia tidak terlepas dr dugaan Allah SWT ,hendaklah kita sentiasa bersabar dan janganlah berharap selain dr Allah SWT.yg baik itu dr Allah,yg buruk itu dr saya,kerana kau hanyalah insan biasa,wallahua'lam