Blogger Backgrounds

Monday 30 May 2011

JANGAN CARI MUSUH!!!

for the first time saya rasa menulis dlm keadaan agak marah..ttapi alhmdulillah bukanlah ditahap tiada kawalan..cuma saya terkilan dgn sikap seseorg yg bukanlah sy kenal pun,tapi terus menerus mencari masalah dgn saya..sy anggap ini ujian dr Allah jd sy xboleh melatah hanya ingin berkongsi sdikit supaya insan itu dpt kurangkn sifatnya yang sentiasa mencari salah org lain.

Tapi sebelum itu sy nak cerita ckit apa yg hamba Allah ni kecoh sgt dgn saya.sebelum ini sy pernah menulis dlm entry saya yg bertajuk 'antara aku dan dia cerita lama' bahawa sy bersyukur krana ade hikmahnya apabila sy sbg wanita bertudung diberi ujian oleh Allah supaya berpisah dlm percintaan dan sy menganggap ia baik kerana dpt mengelakkan dr maksiat insyaallah..statement ni seolah2 buat seseorg ni panas punggung plak.boleh plak memanipulasi kan seolah2 saya ni mengaku bnyk buat maksiat..nauzubillah...apa lah nak jd dgn manusia zaman skrg,kalau bab putar belit,bab nak melaga2kan org ckup pndai..

Apa yg saya nak cakap pd individu tersebut,sudah sudah lah..setiap org dalam hidup akan melakukan kesalahan,kekhilafan,disebabkan kejahilan kita dlm mencari ilmu tapi wajib kita menuntut ilmu bila kita tau yg kita ni jahil..dugaan yg anda tempuhi dalam hidup itulah amaran dr Allah supaya sedar lingkungan hidupmu terbatas oleh syariat dan bukan bertindak mengikut hati atau nafsu.hati akan mati jika tak dijaga,bagaimana nak elak dr mendapat hati yang mati?belajar lah utk ikhlas,berprasangka baik dan memaafkan  manusia lain.berkatalah yg baik2 atau lebih baik diam jika tiada perkara berfaedah yg hendak diungkapkan.
seperti dalam hadith yg berikut ada menyatakan ttg bahaya lidah yg menuturkan perkataan yg sia2 apatah lg yg bisa mengguris hati org lain

Dari Muadz bin Jabal radhiyallahu anhu, dia berkata, Wahai Rasulullah, beritahukan saya tentang perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam surga dan menjauhkan saya dari neraka. Beliau shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, namun itu ringan bagi mereka yang dimudahkan Allah Taala, (Amal itu adalah): beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, puasa ramadan dan pergi haji. Kemudian beliau berkata, Maukah aku beritahu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah tameng, sedekah akan mematikan (menghapus) kesalahan sebagaimana air mematikan api, dan shalatnya seseorang di tengah malam. Kemudian beliau membaca ayat (yang artinya). Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka beribadah kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan penuh harap, dan mereka menyedekahkan sebagian rezeki yang Kami berikan. Tiada satu pun jiwa yang mengetahui nikmat penyejuk hati yang disembunyikan sebagai balasan atas amal yang telah mereka lakukan. (QS. As-Sajdah: 16-17). Kemudian beliau bersabda, Maukah aku beritahu pokok dari segala perkara, tiangnya dan puncaknya? Aku menjawab, Tentu, wahai Nabi Allah. Beliau bersabda, Pokok perkara adalah Islam, tiangnya adalah shalat, dan puncaknya adalah jihad. Kemudian beliau bertanya, Maukah aku beritahu sesuatu (yang jika kalian laksanakan) maka kalian dapat memiliki semua itu? Saya berkata, Tentu, wahai Rasulullah. Maka Rasulullah memegang lisannya lalu bersabda, Jagalah ini. Saya berkata, Wahai Nabi Allah, apakah kita akan dihukum juga atas apa yang kita bicarakan? Beliau bersabda, Bagaimana kamu ini! Bukankah seseorang tersungkur ke dalam neraka disebabkan buah ucapan lisan-lisan mereka? (Riwayat at-Turmudzi, dan dia berkata, Haditsnya hasan shahih.)

Peliharalah lidah kita hati kita dr sgala yg mungkar.pd yg berkenaan,yg sentiasa mencari kesalahan pd diri ini sjak bertahun2 yg lalu,cukuplah sgala musibah yg Allah dh timpakan pd kamu atas perbuatan kamu yg lalu,anggaplah itu sbg hidayah utk kembali ke pangkal jalan..teruskanlah hidup dgn tenang,carilah ketenangn yg sebenar dgn mendekatkan diri pd Allah,bkn dgn menurut bisikan syaitan yg sentiasa dan xpernah berputus asa menghancurkan iman kita..

Jangan kacau sy sbb saya tak kacau kamu,tp kalau kamu buat juga hny Allah yg mampu membalasnya,maafkan sy seandainya setiap perkara yg sy lakukan mengganggu ketenangan kamu walaupun kita belum pernah berjumpa tp tggi benar dendam mu,bukan hny pd saya,tetapi ramai perempuan lain telah kamu lakukan bermacam2 angkara..bertaubatlah sebelum hukum Allah menjemput kita..hidup di dunia hanya sementara,tiada yg kekal melainkan tiga perkara.amal soleh,doa anak yg soleh,dan sedekah jariah.

Selagi blum ckup amal kita,kenapa perlu dibazirkan masa dgn mencipta sengketa?cerminlah diri kamu sebelum menuding ke arah org lain wahai kawan..Allah tidak memandang rupa atau harta,tetapi pd hati.jika hatimu kotor begini manusia pun susah nak nak syg..bacalah Al Quran,fahamkan maksudnya n jgn tggal solat lpas tu bru lah kamu boleh kata ape 2 pun yg kamu nak..cukup smp disini setakat ini..wallahualam
aku hanya insan biasa...

hijau warna daun selasih
tiada terlihat di mlm kelam
biar kulit tak putih
asal jgn hatimu hitam

Tuesday 24 May 2011

sure ke ikhlas?jom kite cek blik hati kita

assalamualaikum wbt...seperti biasa memberi salam sbg pembuka bicara dan jika ada yg belum tahu memberi salam itu adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib:)
     hari ni sal just nak santai2 menulis dlm suasana berkongsi dari hati ke hati..hari ini topik sal tentang ikhlas...menjadi ikhlas atau mendidik hati supaya menjadi ikhlas bukan mudah kan?ditambah pula dgn ujian Allah yg kdg2 menuntut kita menolong org yg mungkin kita tidak suka atau org yg pernah menganiaya kita,jd mest terdetik di hati kecil kita kadang2,'eleh,die ni pernah buat jahat dgn aku,buat ape nak tolong die?'

   tetapi tidakkah kita rasa kita sama seperti mereka jika berbuat begitu?benar,sangatlah sakit hati ini jika diperlakukan dgn kejam,apatah lagi jika dihina,dikeji,difitnah,atau dianiaya sesama makhluk tetapi jika kita berbalik kepada zaman Rasulullah SAW,apa je yg Rasulullah tak kena dalam hidup baginda?sampai satu tahap baginda pernah dibaling batu hingga berdarah kepalanya,pernah di hempap dgn perut unta ketika solat,pernah dibaling najis dihadapan rumahnya..ttapi adakah Rasulullah SAW membalasnya?atau adakah Rasulullah SAW berdendam?TIDAK

seperti sebuah hadis yg bermaksud

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdirrahman Muadz bin Jabal radhiyallahu anhuma, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Bertakwalah kepada Allah di mana pun kalian berada, iringi perbuatan jelek dengan perbuatan baik, niscaya perbuatan baik akan menghapus dosa perbuatan jelek, dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang terpuji. (HR. At-Turmudzi, dan beliau menyatakan, Hadits hasan.)

tapi isunya MACAM MANA NAK IKHLAS DALAM AMALAN?

pokok pangkalnya hati yg dikurniakan oleh Allah ini haruslah bersih..jangan mudah menuding jari pd yg salah,jgn juga mudah kalah dgn harta dunia yg sementara,yakinlah bahawa semua yg ada dimuka bumi ini hanya milik Allah smata2,wpun harta,keluarga,suami anak2 sahabat bahkan jasad kita sendiri bukanlah hak kita,hanyalah hak Allah..maka apakah yg lebih baik selain menjaga hak Allah dan menjadi mulia disisinya dr trus mengikut hawa nafsu?

Rasulullah SAW pernah bersabda yg bermaksud
"Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yg sebenarnya ialah kekayaan hati"
(riwayat abu ya'la)

Mungkin ada yg akan cakap,eleh salima cakap senanglah tp xpnah rasa apa yg kami rasa,tp ingatlah kenapa Rasulullah itu dipilih dikalangan manusia biasa seperti kita?mengapa?pernah kita tny pd diri sendiri?supaya kita ummatnya dpt menjadikan akhlak Rasulullah SAW sbg contoh,sbg role model,sbg ikutan dlm setiap permasalahan,tetapi adakah kita melaksanakannya,kalau yg sudah alhamdulillah,tp bg yg blum
mungkin cara cara yg akan sy tulis nt insyaallah membantu,kalau xbanyak sedikit,tujuan sy hnylah berkongsi ilmu sy yg xseberapa yg sy dapati dr kelas agama yg sy hadiri dan juga dr rujukan2 sy insyaallah..

APA ITU IKHLAS??
ikhlas bermaksud suci dan murni serta tidak bercampur dgn yg lain.Maksudnya,mengerjakan ibadah dan kebajikan hanya kerana Allah SWT serta mengharapkan keredaan Allah dan bukan utk mendapat pujian atau kemasyuran serta gelaran.

Tokoh sufi ,Abu Lais al Samarkhandi berpendapat,apa jua yang kita lakukan kerana Allah adalah diterima dan mendapat pahala tetapi jika amalan dikerjakan bkn krn Allah bahkan hanya utk mendapat pujian semuanya ditolak dan tidak mendapat sebarang pahala...

Bile bercakap ttg ikhlas,ramai yg akan menganggap ikhlas dalam sedekah sahaja..tetapi ikhlas itu luas,selain ikhlas dlm memberi,kita juga perlu ikhlas dlm menerima setiap apa shj yg berlaku dlm hidup kita.

contoh:  
1.ikhlas utk memaafkan
 -kadangkala dalam hidup ini Allah akan uji kita pelbagai ragam manusia yg sgt menyakitkan hati kite.tetapi tenangkanlah hati kita dgn memaafkan si polan dgn ikhlas dan berdoa semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu taubat buatnya,kita sbg seorang muslim juga digalakkan utk bertaubat setiap hari,perbaharuilah syahadah kita sbb kita kadang2 xsedar perlakuan kita mungkin tersasar.

2.ikhlas dalam stiap pertolongan atau sedekah.
-bukan bersedekah utk mendapat pujian org sekeliling malah Islam menggalakkan kita tidak menghebah hebahkan sedekah yg dihulurkan agar tidak timbul perasaan riak yg juga boleh merosakkan hati dan boleh menjadikan kita kufur akn nikmat Allah.dan jgn pula bersedekah utk mendapat balasan segera dr Allah.
saya bg contoh dialog ini..'aku baca kalau sedekah boleh kaya,sbb bile kite derma 1 Allah balas sepuluh,nak sedekah rm1 la arini,nanti dpt rm10'.
Saya nak tny amalan kt atas ni ikhlas x?agak2 dpt pahala x?wallahua'lam tetapi nyata dan terang amalan seperti ini bukan ikhlas krn Allah taala hny smata2 utk dpt balasan dunia,jd perbetulkan niat anda dlm bersedekah.
dan perlu juga diingat,sedekah bukan shj dlm bentuk harta,tetapi juga dlm bentuk zikir,amar makruf nahi munkar dan lain2..(entry lain nt sy akan ceritakan ttg sedekah)

3.ikhlas diatas setiap pemberian dan kurnia serta sgala ujian dr Allah swt..

-mungkin utk ikhlas dlm kategori ini yg pling susah misalnya apabila ditimpa kemiskinan,kegagalan,kematian insan tercinta,kecacatan tubuh badan,terima menantu yg xkaya,terima anak yg cacat,terima suami kawin lain,terima org lain lebih kaya,anak org lain lebih pandai,terima org lain menang tetapi kita kalah,terima musibah yg bertimpa2 dan sbg nya..

kategori di atas juga sgt memrlukan keikhlasan.saya nak tny pd kaum hawa,ye sy mmg masih bujang tetapi ini syariat yg melibatkan akidah bukan ttg hati dan perasaan shj..siapa yg cuba utk ikhlas apabila suaminya berkahwin lain?ya,ramai yg sedih ramai yg akan kecewa bila cintanya di madukan,ttapi kat sini lah Allah uji cinta kita,adakah cinta pd suami yg lebih atau pd Allah???ada yg smp sggup jd derhaka hny kerana suami nak kawin lain,sdgkn tggungjawab sebagai seorg isteri adalah taat pd suaminya,Allah sentiasa akan menguji kita dlm kehidupan ini,kite sbg seorg muslim mestilah ikhlas dlm menerima sgala ujian Allah,xde perempuan yg ingin dimadukan tetapi janganlah kerana hati yg sekeping ni sakit akidah kita terjejas,nauzubillah..jangan kerana seorg suami kita jd murtad krn tidak menyokong poligami,tidak setuju tidak redha,nauzubillah..INGAT!!!!!apa shj yg kita ada bukan hak kita tetapi hak Allah.beranikah kita mengaku beriman selagi kita belum diuji?

So mcm mane yer?Saya pernah mendengar ceramah dr Profesor Muhaya di rancangan mata ke hati,bg mereka yg takut dimadukan boleh la berdoa pd Allah,minta Ya Allah,aku redha bahawa lelaki boleh berkahwin 4 tetapi jangan lah terkena pd suamiku' tapi jgn lah cakap sy tak setuju dgn poligami,takut terpesong akidah..ingat,berapa ramai yg tergelincir ke neraka akibat lidahnya yg tak dikawal tutur nya..Tetapi jika terjadi juga,berdoalah pd Allah semoga kite menjadi isteri yg solehah,muslimah yg berpegang teguh pd iman ,menjadikan kita kuat,percaya bahawa disebalik setiap ujian yg Allah beri,dan kita sabar menghadapinya Allah akn beri ganjaran,hny jika kita ikhlas..tp jika kita marah,derhaka,mengata sana sini mengadu domba sana sini,apa yg kita dapat??sedangkan pilihan itu Allah sudah bg..lebih baik sakit di dunia berbahagia di akhirat dr senang di dunia krn keegoan dan merana di akhirat dgn sesalan yg tiada hujungnya..

Tetapi bagi kaum Adam pulak,jgn kerana agama membenarkan anda sewenang wenangnya nak berkahwin,kalau ilmu kurang di dada,selagi solat tak cukup,xpayah la..menjadi suami ini tanggungkawab nya berat,dosa isteri sume ditanggung suami,jika anda mempu berlaku adil,mampu memberikan didikan agama yg cukup,nafkah zahir batin yang cukup,mampu mendamaikan isteri2 anda,silakan.Tetapi kalau isteri pun bergaduh sesama sendiri,xsolat,tak tutup aurat,tak dengar cakap suami,campur dgn isteri kuat mengumpat lagi,dosanya anda tumpang sekaki juga yer...buat isteri pulak kalau dimadukan di dunia ni mungkin agak sakit tp jika kita sabar dan beriman pd Allah insyaallah ganjaran menunggu di syurga amin..buat si suami pulak,kat dunia seronok tp kalau xcukup ilmu kurang nya iman,kebahagiaan terhenti di dunia sahajalah..jadi sama2 kita muhasabah diri,pertingkatkan iman kita setiap hari,pastikan cinta pd Allah melebihi segalanya supaya kita ikhlas dalam amalan kita dan ikhlas dalam menerima qada dan qadar dariNya

maafkan saya andainya tersalah kata dan bicara,yg baik itu dr Allah yg buruk itu dr saya,aku hanya insan biasa...wallahua'lam.

ruj:hadis 40 nawawi(telaga biru)-ustaz zahazan mohamed dan ustaz muhammad zakaria
     ubat hati(telaga biru)-ustazah siti nur bahyah mahamood dan ustazah ida ezyani othman.

Wednesday 11 May 2011

Open Your Eyes Lyrics


Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Tuesday 10 May 2011

Jauhnya aku....

             Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum buat akhi dan ukhti yg membaca entri ini..di tgh malam yg hening ini ingin sal meluahkan dan berkongsi ttg iman...Yer,iman manusia ini seperti lautan..kadang kadang pasang,kadang surut..kadang2 tenang,kadang2 bergelora.mengapa ye agaknya begitu?kerana kita manusia ada nafsu,dan tak kurang juga dengan bisikan syaitan yang tidak pernah berputus asa menyesatkan kita dan melemahkan iman manusia dengan menampakkan dosa dosa,maksiat,dan kejahatan sebagai suatu kenikmatan yang rugi untuk dielak..Astaghfirullahalazim...tetapi ada suatu nikmat yg xmungkin dicapai dengan melakukan dosa..iaitu nikmat ketenangan kerana jelas dalam sebuah riwayat Imam Ahmad daripada Abdullah bin al Ala bin Zayd

Abu Tha'labah Al Khasyani meminta kepada Rasulullah SAW supaya diterangkan apakah yang halal dan yang haram atasnya?Rasulullah menyatakan."Kebaikan yang halal itu ialah sesuatu yang tetap oleh diri dan tenang oleh jiwa dalam menghadapinya.dosa itu ialah sesuatu yang tiada tetap oleh diri dan tiada tenang oleh hati."

      Subhanallah..dalam kepayahan kita menjaga iman masih ada petanda dari Allah utk kita membezakan apa yg benar dan salah,iaitu hati yg tenang dan gelisah.adakah hati kita akan berasa serba salah dan takut ketika berada dalam masjid?TIDAK.adakah kita akan merasa takut bila membaca Al Quran?TIDAK.adakah kita takut atau gelisah apabila menimba ilmu Allah?TIDAK.....Tetapi,adakah kita akan tenang apabila meninggalkan solat?TIDAK.adakah kita akan tenang apabila ingin melakukan maksiat?TIDAK,adakah hati kita tenang selepas kita berbohong?TIDAK.adakah kita tenang apabila kita menderhaka kepada kedua ibu bapa?TIDAK...Subahanllah,Allah telah memberi nikmat yg sgt hebat bagi kita memelihara keimanan kita,utk menjadi benteng agar kita tidak terjerumus ke lembah durjana yg membawa kita dekat kepada api neraka.

   Jika syaitan durjana mempunyai sifat yg sgt cekal utk memesongkan akidah kita,apa kata sifat itu kita ambil utk memantapkan akidah kita agar tidak terpengaruh dgn godaannya..saya berpesa pada diri saya sendiri sebenarnya,yg adakalanya sangat lemah utk mengelak ajakan dunia yg indah dimata,yg sukar dielak jika tiada jiwa kental..seperti lirik dalam bait2 lagu dari kumpulan Raihan...'iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa'.Keturunan yg baik belum dapat memastikan lagi generasi nya turut beriman,ibu bapa hanya mampu memberikan ilmu yang agama dunia dan akhirat,didikan yg sempurna,dan contoh yg baik,selebihnya anak itu sendiri yg akan memilih samada utk menjadi insan yg soleh atau sebaliknya..

    Kita manusia bukan maksum...takkan pernah kita dapat lari dr melakukan dosa,adakalanya kita akan tersasar jua tanpa kita pinta atau sedari,maka bersegeralah bertaubat pd Allah,dan peliharalah iman kita setiap hari,iman ni macam cinta juga,perlu dipupuk,dibelai,sentiasa diperbaharui.Tapi macam mana kita nak tahu ikman kita bertambah atau berkurang di sisi Allah?saya sempat mendengar ulasan ttg soalan ini di program tanyalah ustaz yg disiarkan di tv9.antara tanda tanda iman kita berkurang adalah

1.MALAS UTK MELAKUKAN KETAATAN PADA ALLAH.
  contohnya,malas nak solat berjemaah bila ade peluang,xnak berzikir banyak2,kurang amalan sunat.

2.BERCAKAP PERKARA YG  TIADA FAEDAH
  contohnya bila kita berjumpa kawan atau sesiapa,dalam perbicaraan kita tiada satu pun yg mendatangkan 
  faedah,asyik bergurau senda,bergosip dan sebagainya

3.MALAS MEMBACA AL QURAN.

        Jadi sahabat,marilah kita bersama2 check up iman kita,bukan badan je kene check malah iman itu lebih penting lagi.Teringat saya pada kisah Bilal bin Rabah,yg sangat menyentuh hati saya,yg membuat diri ini terasa begitu kerdil lagi hina,jauhnya tahap dugaan yg saya terima berbanding di zaman beliau,Bilal Bin Rabah disiksa sehingga pada suatu ketika beliau diseksa dgn sebuah batu yang besar diletak atas perutnya sbg ugutan utk tidak taat kepada Allah,tetapi Bilal bin Rabah tetap mengakui hanya Allah Tuhanku..Subhanallah... dan apabila hampir saat saat beliau ingin menghembuskan nafas terakhir,Bilal bin Rabah tersenyum dan mengucapkan yg beliau gembira kerana bakal berjumpa dgn Rasulnya Nabi Muhammad SAW...Subhanallah,tetapi dimanakah letaknya iman kita?Adakah masih ada yg tersenyum utk meninggalkan dunia,meninggalkan harta,meninggalkan isteri,anak2,dan semua nikmat di dunia dgn lapang dada?Wallahua'alam..ampunan Allah itu luas,sama samalah kita bertaubat serta mengejar akhirat sama seperti kita mngejar dunia,janganlah terlalu mengejar dunia hingga kita miskin di akhirat yg abadi..

  Agama itu nasihat yg terbaik,Al Quran adalah penawar..maka gunakanlah ia sbg penyelamat kita di dunia dan akhirat..

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yg mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah"

Dikesempatan ini sal ingin memohon maaf pada semua jika sal ada tersalah kata atau bahasa..insyaallah jika panjang umur,kita berkongsi lagi cerita dan pengalaman hidup dan permasalahan serta konflik yg insyaallah dapat dirungkai dgn sumber Al Quran dan hadith.yang baik itu dr Allah,yg buruk itu adalah dr saya sendiri,sesungguhnya aku hanya insan biasa..wallahua'lam..