Blogger Backgrounds

Friday 6 January 2012

alhamdulillah....syukran Allah..usia bertambah lg..

    Assalamualaikum wbt...alhamdulillah pd tanggal 1hb januari 2012 bertambahnya usia saya,genap berusia 24tahun dah saya sekarang,sepanjang 2011 penuh suka duka,pelbagai dugaan dan cabaran ditempuh dgn sabar,bersama sokongan keluarga dan doa tidak putus2 pada yg maha esa agar segala urusan harian dipermudahkan..alhamdulillah sehingga hari ini saya dan keluarga tidak putus dr rahmat Allah...syukur...

     Menyorot peristiwa pada sepanjang tahun 2011,sal banyak belajar tentang erti sabar,ikhlas serta bersyukur di atas setiap kurnia dan juga dugaan..kerana Allah itu sentiasa beri apa yg terbaik pada kita walaupun mungkin bukan itu yg kita mahu...Manusia merancang,Allah juga merancang, ternyata rancangan Allah itu yg terbaik..

      kadang2 kekuatan itu entah datang dari mana,saat merasakan mustahil bertahan,saat itulah ditiup sebuah semangat yg memberikn tenaga untuk terus melangkah,terus berjuang meneruskan penghidupan...tapi kekuatan itu bukanlah datang dari bodyguard kiri kanan,mahupun wang,hatta bukan juga hiburan dunia...tetapi kekuatan dr sabar yg dipupuk...yg dibaja,dan hasilnya Allah tunjukkan dalam bentuk yg kita sendiri tidak jangka...alhamdulillah..macam2 juga berita gembira dari rakan sekeliling,tahniah utk sahabatku yg tercinta sheila iaitu manager saya dan juga rosma af1 yg sedang mengandungkan cahaya mata kedua mereka,semoga diberi kesihatan dan keberkatan hidup..

      Tugas sebagai duta di Allianze University juga banyak memberi inspirasi baru dalam kerjaya sal,fikiran tidak tertumpu dalam bidang hiburan semata2,tugas utk memberi contoh terbaik kepada pelajar2,digalas dgn sebaik mungkin sepanjang 2011 dan alhamdulillah masih diberi kepercayaan untuk terus berbakti pada insan insan bakal pemimpin  dan penggerak negara..

  Pada sahabat dan rakan2 diluar sana,jangan bersedih andai dugaan datang dalam hidup,jangan berputus asa andai kejayaan belum menyusul,dan jangan pula menyalahkan takdir apabila kehendak hati tidak tercapai,teruskan berusaha,teruskan berdoa,kerana Allah suka apabila kita sentiasa meminta,memohon dan bergantung padaNya...life must go on,jadikan segala kepahitan lalu sbg pendorong utk kite semua terus berjuang di bumi Allah...hidup ini bukan saja perlumbaan mengejar dunia,kerana dunia sementara..kejar akhirat kerana ia selama2nya...utk kaum wanita...jom jaga 4 perkara ni utk mengejar syurga insyaallah...

1.jaga solat
2.jaga puasa
3.jaga kehormatan diri
4.taat pd suami 

bertuahla pd mereka yg sudah berkahwin,taatlah pd suami k,kerana syurga seorg isteri itu di bawah telapak kaki suami..semoga hidup kita semua di bawah perlindungan Allah swt...

SALAM MAAL HIJRAH,SALAM TAHUN BARU,DAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA YG WISH BIRTHDAY SAYA YG KE 24 TAHUN....SEMOGA SEGALA IMPIAN ANDA DIMAKBULKAN ALLAH...

Di sini sal iringi gambar2 sepanjang tahun 2011 buat tatapan anda semua...










Thursday 24 November 2011

ku gembira disampingmu:)

        assalamualaikum...hehehehehhe,title tu sal letak saje je sbb kebetulan tgh nyanyi lagu tu,dr nyanyian Khatijah Ibrahim n so popular song formerly.lamaaaaaaa sgt rasanya sal xdpt nk meng update blog ni,atas kesibukan jadual,kdg2 bz ngn appoinment (ehem ehem) hehhehe dan sebagainya..seperti biasa hidup ada naik turun,ada suka ada duka,ada bahagia adakalanya perlu rs derita,dgn itu kita akan lebih bersyukur kan..

           Dalam tak sedar dah hampir 6 bulan sal bertugas sebagai duta di Allianze University Kepala Batas,semuanya berjalan lancar setakat ini,satu bidang baru yg tak pernah sal jangka akan terlibat selepas bergelar penyanyi..i've learn alot from the environment,from the people n student,termasuk dr rakan sekerja,iaitu rakan2 duta sendiri,kami semua mempunyai skill masing2,cara pemikiran yg berbeza tp bila disatukan dlm sebuah kumpulan,semuanya jd sebati:)
       Personal life pun better alhamdulillah,mcm2 yg jadi sejak bulan puasa lepas,pertemuan yg x disangka,segalanya tanpa disangka dan akhirnya diri ini akur dgn ketentuan Allah,yg menemukan kami,alhamdulillah....siapa,apa,bagaimana,sal belum ready kongsikan lagi,tp cukuplah jika sal katakan sal sgt bahagia dgn kehidupan skrg,dari keluarga,rakan2,semuanya alhamdulillah berlangsung dgn sgt baik..

                                                      still remember this beautiful moment:)
 gambar ni masa sambutan aidilfitri AUCMS..inilah duta2 nya,tp lan kristal xde masa ni,die kat sabah.

ni masa sal attend utk Islamic Fashion Show di Jw Marriot,by the way,welcome to siti nordiana yg bru shj berhijrah memakai tudung,alhamdulillah.


     Tetapi tak semua yg kita rancang akan jd kenyataan,dunia bukan dlm kawalan tgn kita,dalam sal bergembira ada juga sahabat yg derita dgn mcm2 masalah dunia.ada yg kecewa dgn masalah cinta yg tak kesampaian,ada yg kecewa dgn rakan yg hilang,ada juga yg kecewa kerana masalah keluarga,xkurang juga ada yg resah dengan tuntutan dunia,yg sgt menyesak dada kini,semua org nak KAYA,semua org berlumba2 utk jd senang,semua org nak BAHAGIA dgn pasangan masing2,semua nak kahwin dgn org dicintai,tp akhirnya qada' dan qadar itu adalah urusan Allah...manusia merancang,Allah juga merancang,ternyata rancangan Allah yg terbaik.

    Bukan senang kan nak didik hati agar sentiasa redha,syukur, bukan sahaja dgn rahmat Allah malah dgn musibah yg diberi.tapi bila memikirkan ganjaran yg akan kita dapat apabila bersabar dan redha,ia menjadikan kita kuat.bukan juga senang nak sabar,perlakuan manusia ni kadang2 melampaui batas,TAPI bila kita dekat dgn Allah,sentiasa ada jalannya
    
    Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:"Bertakwalah pd Allah di mana pun kau beradadan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik,nescaya terhapus yg buruk.Bergaullah manusia dengan akhlak yang luhur.
(Riwayat at Tirmizi)

   Minggu lepas sal pergi ke ISLAMIC FASHION XII AMAED di JW MARRIOT HOTEL Kuala Lumpur,alhamdulillah makin ramai yg makin terbuka hati utk memakai hoojab atau hijab atau kita panggil tudung,dah banyak fashion yg muslimah boleh gayakan sekarang,cantik2 dan yg penting menutup aurat.even sal sendiri pun xlepas dr mengikuti fashion busana muslimah sekarang,antara designer kegemaran sal adalah Hajaba,Najjah,dan banyak lagi,hopefully i'll coming out with my own collection soon,insyaallah...
gambar ni plak masa kami semua bercuti di atas Starcruise Libra sbb celebrate birthday manager kami pn sheila,semoga berbahagia bersama keluarga,panjang umur dan murah rezeki.
 

   Walaupun lately sal selalu perlu ke hospital sbb sakit athma yg slalu menyerang,mungkin disebabkan cuaca atau persekitaran yg tak bersih,maklumlah banyak insan yg rajin nak bakar nyamuk walaupun nyamuk pun dh xlarat nak keluar akibat asap yg berkepul2,so kita ni pun terpaksa sedut udara yg tak sihat tu dan sakit.seiously i dont like cigarrate,smoke and smokers..masa dorg smoke jela,sbb saya terpaksa sedut juga asap tu walaupun saya tak nak,kadang2 saya terfikir kalau kita pukul org dgn sengaja n org tu cedera,masuk hospital,mesti org yg pukul td di salahkan bukan,dosa pun dapat.Kalau org yg smoke plak,apa pendapat anda?die sengaja nyalakan rokok,sengaja hisap rokok,walaupun ada org di sekeliling,n org sekeliling sakit sbb asap rokok yg merbahaya tu,mcm mana kita nak kategorikan mereka ni?

                                          kalau nk smoke jauhkan diri dr saya yer..heheheh

   Pesanan saya mungkin tak dipandang pun,tp sekadar menjalankan tanggungjawab,JANGANLAH MEROKOK!!!sebab merokok membahayakan diri sendiri dan sgt tak adil membahayakan nyawa org lain sebab kepentingan diri sendiri,n perbuatan tu juga membazir...dari membazir beli rokok baik sedekah kat anak2 yatim ke,masjid ke,dapat juga pahala dunia akhirat kan...:) 

  Cukup setakat ini sahaja kot,banyak kerja rumah kene buat,esok sal akan bertolak ke Kepala Batas menjalankan tanggungjawab sebagai duta di AUCMS.wish me luck guys..
Asssalamualaikum wbt..
    

Tuesday 8 November 2011

hari tidak selamanya cerah,dan tidak selamanya mendung

           Bismillahirrahmanirrahim...ada saat dalam hidup rasa bahagia sangat,ada saat dalam hidup rasa sgt sempit,seperti ada beban di dalam dada..selalunya terjadinya perkara ini bila datangnya situasi yg dinamakan musibah.Sakit,sedih,pedih,duka,semuanya bersarang dalam hati,minda dan melemahkan seluruh sendi anggota jasad yg sementara ini.kadang kadang bila musibah itu tiba,kita rasa seperti dugaan kepada kita lah yg paling berat,org lain takkan faham,takkan mengerti,apatah lagi menolong..seperti kata pepatah "TEMAN KETAWA SENANG DIDAPAT,TEMAN MENANGIS SUKAR DICARI"..tetapi ada satu teman yg bile gembira kita lupa die,bile menangis barulah kite cari cari..ALLAH SWT..yg mencipta,yg sentiasa wujud,yang tidak pernah tidur,yg sentiasa menunggu doa dr kita utk dimakbulkan,adakah kita manfaatkan sepenuhnya?


   Wahai jasad,wahai aqal,wahai hati,wahai roh,kamu adalah milik Allah,maka kenapa perlukan yg lain selain dr Allah?jangan bersedih,jangan mengeluh,jangan meratap di atas dugaan yg ditimpakan,sesungguhnya Allah sedang menguji cintamu,Allah menguji betapa ikhlasnya shahadahmu,Allah menguji berapa kental imanmu,Allah menguji betapa dalamnya cintamu,adakh cinta kepada dunia melebihi aqidah,melebihi agamamu?Subhanallah!ujian itu bukan hanya datang dalam rupa kemiskinan,jahil,kematian,atau bencana alam semata mata.Kekayaan,ilmu,anak anak,pangkat,harta,suami,isteri,juga adalah ujian dari Allah...ujian pasti tiba,jangan lah bersedih wahai hati,berdoalah pada yg maha Esa.

Selalu kite dgr ungkapan,'korg boleh cakap,tp korg xrasa ape aku rasa,",bukankah Allah menegetahui segala2nya..tiada satu perkara pun lepas dr pemerhatiannya walaupun sehelai daun yg gugur juga dibawah pemerhatiannya,maka mengapa perlu bersedih?
Bersama kita ada penawar segala sakit,kedukaan,dan penderitaan,iaitu mukjizat Allah kpd Nabi Muhammad saw,AL QUran..senaskhah tetapi merangkumi seluruh keperluan hidup didunia dan akhirat,bertepatan dgn firman Allah SWT,
Maksudnya:"Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang orang yg beriman.
Percaya tak,kita sering kali rasa dugaan kitalah paling kuat,seolah2 org lain tidak ditimpa dugaan..ada yg bersedih kerana tidak bertemu jodoh,tetapi lupakah mereka ada juga yg bersedih wpun sudah berkahwin,ada yg sedih apabila tidak dikurniakan zuriat,tetapi ade juga yg derita akibat mendapat anak yg derhaka..ada yg sedih kerana miskin,tetapi ade yg bersedih apabila kaya tetapi menanggung sakit yg tiada penawar.Dapat dilihat disini setiap manusia ade bahagian masing masing,kita berbalikla pd yg hakiki..
Setiap makhluk memerlukan Allah dlm hidup ini,hanya Allah shj yg layak dicari,tanpaNya setiap makhluk tidak akan mendapat apa yg dihajati.mengharapkan pertolongan atau perlindungan selain dari pd Allah adalah perbuatan yg bahaya dan dibenci Allah.

Dalam surah Hud ayat 88 juga menerangkan ttg pertolongan Allah yg bermaksud
"Dan tidak ada anugerah bagiku melainkan dengan pertolongan Allah.Hanya kpd Allah aku bertawakkal dan hanya kepadaNyalah aku kembali".

Kebiasaannya apabila seseorg redha dgn perkara yg berlaku ke atas mereka,ia memberi manfaat dlm hidupnya.Tetapi apabila sebaliknya,contohnya apabila seseorg yg pd mulanya redha dgn apa yg berlaku tetapi apabila ditimpakan perkara itu mereka patah semangat dan menyesal,jelaslah ini lahir bukan dr hati yg ikhlas.

Dan percayalah,dugaan,sakit,derita yg ditimpakan pd kita bnyk nikmatnya,jika dgn musibah itu dosaku diampunkan,aku rela ya Allah,jika dgn bersabar aku mendapat ganjaran disiMu,aku rela,aku redha,dan jika dgn dugaan itu dpt meningkatkan kecintaanku pdMu,aku ikhlas..
Allah menegaskan dlm surah Al Baqarah ayat 286
"Sesungguhnya Allah tidak membebani diri kecuali sebatas kemampuannya"$

Wahai hati,senyumlah apabila ditimpa musibah,sesungguhnya Dunia adalah tempat menguji iman manusia,ada destinasi yg indah menanti utk mereka yg sabar..berbaik sangka pd Allah,setiap apa yg terjadi atas diri kita adalah yg terbaik utk kita.

Seperti dalam surah at taubah ayat 51 yg bermaksud

"Katakanlah,"sekali kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yg telah ditetapkan oleh Allah bg kami.Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah org2 beriman harus bertawakkal."

Maka janganlah bersedih wahai hati..ketahuilah bahawa kesusahan itu hanyalah seperti awan di musim panas yg sebentar lagi akan berlalu.jangan takut dengan gemuruh petir dan sambaran kilat,kerana boleh jadi awan itu membawa hujan yg menyejukkan.Wallahua'alam..

Nabi Ismail sebagai Korban

Wednesday 6 July 2011

musibah atau rahmat???

  assalamualaikum..dah lama gak tak dpt update blog ni sbb kesibukan jadual...minggu lepas jer rasanya almost everyday sal travel so mmg tak de masa,nak servis kereta pun kene curi masa rehat,sedih la juga sbb tak dapat rest puas2 tapi lebih baik kerja dr xbuat ape2 kan,rezeki..alhamdulilah...sebelum nak mula cerita ttg aktiviti terbaru teman,hehe,sal ucapkan Selamat menyambut bulan Syaaban,begitu pantas masa berlalu,setiap detik tak terasa,setiap minit tak terkejar,stiap jam xpernah cukup rasanya tp itulah hakikat dunia akhir zaman,makin hari makin jauh kita tinggalkan dunia dan semakin hampir dgn alam yg abadi..

  2hb yang lepas sal dijemput utk membuat persembahan di KG PUOM Negeri Sembilan sempena majlis Pelancaran Kampung tanpa Wayar yg dirasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim,agak itu,mengagumkan bila sal tgk kawasan kampung yg boleh dikatakan jauh di pedalaman mendapat kemudahan WIFI percuma,dan yg paling menakjubkan bila kat sana talian telefon mmg xde langsung tapi coverage utk WIFI full....apa lagi sal snyum jela sbb dpt o9 walaupun org tak dpt call sal,hehe..selain tu penduduk juga menerima sumbangan komputer riba dari YB Dato, serta sumbangan ikhlas dr beberapa penaja..sal ucapkan tahniah dan gunakanlah kemudahan yg ada sebaik mungkin,jangan salah guna plak yerr..Tapi bukan sal sorg jer yang dijemput utk memeriahkan majlis,seorang lagi artis yg dijemput ialah abg SALEEM IKLIM yg mmg legend la bg sal...buka2 mulut nyanyi lagu yg pertama,dah memukau seluruh hadirin,bukan tetamu je ,dgn sal2 sekali ternganga!!!hehe..abg saleem mmg best la,org nye pun humble,abg saleem datang ditemani isteri tercinta,tgk org2 lamo ni romantik best jer,walaupun dah lama berumahtangga romantik macam org bercinta lagi..sal doakan rumah tangga mereka kekal hingga akhir hayat,amin...





Selesai persembahan di Negeri Sembilan sal terus balik kl n bersiap utk persembahan di temerloh plak pd malamnya,tak kurang manisnya pengalaman di temerloh,for the first time sal dpt makan IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK khas dr Temerloh Pahang...mmg TERBAIKKKKKKKKKK!!!!!sal ngan adik lelaki sal first time dpt makan ikan patin yg sangat2 sedap,tak hanyir langsung,mmg MANTOP!!!thanks to ayah angkat sal Roslan Madun yg sal pggil n abah n isterinya yg sal pggil umi yg bersusah payah masak utk kami n pastikan sal selesa sepanjang berada di Temerloh..Habis persembahan sal terus gerak balik ke kl,tak bermalam pun di Temerloh sbb esok nya ada urusan lain di KL,adik sal yg laki ni nama je terror silat tapi penakut gak,huhu..die pesan kat sal bawa kereta pastikan sampai lebuhraya KARAK lebih pada pukul 12am...jgn pada 12am sbb takut ada plak yang 'menumpang' nanti...huhu..Bile ingat balik seram la juga,tapi alhamdulillah sumenye selamat..

  Esoknya lepas selesai urusan sal nak balik rumah aunty kat sg buloh,kelur je dr tol sg buloh tu tibe2 kereta breakdown!!!!!aduhai....nasib baik dah lunch masa tu ,kalau x kebuluran la dalam kereta...sal pun trus call aunty n uncle sal minta tlg kitorg kat situ,lori tarik kereta sampai lpas sejam juga tersadai kat situ,nasib baik free sbb insurance cover,kalau x hangin juga sbb kene tggu lama,hehehe...nasib la ade bengkel yg buka sbb masa kereta breakdown ni ari ahad,logiknya mmg tak de bengkel buka ari ahad,yg sal bengangnya kereta baru dua ari servis,camna plak bleh breakdown?rupe2nya timing belt dah haus,nasib baik tak putus ,kalau tak lagi truk rosaknya,valve pun sume bengkok,n ade la bende2 lain yg perlu diganti,natijahnya al-melayang lah duit di bengkel kereta,nasib la cash mmg tgh ada dalam tgn..

   Cuma yg sal sedar dalam musibah ini,Allah itu tak kejam dan sangat mengasihani,menyayangi kita..Yelah,boleh je kereta sal nak rosak kat highway masa nak pg pahang,ataupun masa sal otw pergi show or rosak tgh2 malam,tapi kereta sal rosak lepas sume urusan sal selesai,dan dipermudahkan lagi dgn dekat pula dgn kawasan rumah,siap dah lunch lagi,rosak lpas zohor,ari cerah,senang nak minta bantuan sape2,semuanya dipermudahkan,alhamdulillah...tiada nikmat lagi yg manusia boleh dustakan,kecuali kita yg stiasa berdusta utk mendapatkan sesuatu yg bukan milik kita..sedangkan Allah dah susun yg terbaik buat kita..cukup setaat ni sahaja utk entry kali ni sal rasa,kata kata utk malam ni... 

THINK POSITIVE,BE POSITIVE and STAY POSITIVE..

Allah always with us n we are never alone in this world...:)
aku hanya insan biasa,wallahu'alam....

Saturday 2 July 2011

saya sama macam org lain..

     beberapa hari ni sal happy sgt2,walaupun cam penat sgt dgn jadual yg padat tapi masih ade ruang utk diri sendiri..zpersembahan teater Mahsuri pun dah tamat,alhamdulillah semuanya berjalan lancar,selesai je teater sal mmg xsabar2 nak balik kl sbb????hehehhe,nak jumpa seseorang...siapa??opss n komen boleh tak?yang pasti skrg banyak perkara yg membahagiakan sal..walaupun ade banyak juga rintangan dan ade juga yg dengki wpun sy ni bukanlah hebat pun utk dicemburui,sy pun tak tau ape yg org nak jeles ngn sy ni,nak kata lawa,biase jer,nak kata kaya,blum lg..hehe..tp alhamdulillah,sgala yg Allah beri pada sy lebih dr mencukupi..

   sedang saya menulis entry kali ni,tiba2 saya sedih bila teringat beberapa insiden yg pernah menimpa hidup saya,tiada sesal,dan tiada keluhan,cuma tulah..otak kita bukan cm memory card boleh padam2 bila nak kan?bila xnak igt pun knangan itu dtg,mujurlah kewarasan aqal melebihi keinginan hati,hidup sal pun sama macam org lain,ada naik turun,ada masa sedih,ada masa kita marah smp rasa nak meletup,rs nak menjerit,kadang2 kalau boleh kita rasa nak maki org yg buat jahat kat kite kan?tapi hidup ini sentiasa ada pilihan,mmg senang nak marah,tp btapa gembira syaitan bila kita marah,kerana disitulah kunci utk menyesatkan kita dan dekat dgn nya..sedang enak menikmati bahagia,saya dpt berita bahawa ada org yg diupah utk mencederakan saya dan kawan2 terdekat saya..saya hny berserah pd Allah,jika benar diri ini diri ini ditakdirkan mati di tgn pembunuh,saya redha tetapi setiap hari saya berdoa agar nyawa ini diambil dlm keadaan husnul khatimah...iaitu pengakhiran yg baik..

    Ramai manusia kini nak ambil tanggungjawab tuhan nampaknya,ataupun mereka takut dgn bayang2 sendiri?wallahua'alam..ok,tak mau cite sedih2 dah..skg sal nak cite pasal apa yg sal suke n apa sal tak suke..

10 perkara yg sal suke
1.Cinta
2.Makan
3.Lagu Hindustan
4.Membaca
5.org yang positif
6.menyanyi
7.bersembang
8.senyum
9.budak2
10.muzik

10 perkara yg sal tak suke
1.penipu
2.busuk
3.jerawat
4.org yg suke cakap besar
5.jerung,petai dan yg sewaktu dgnnya
6.gigitan nyamuk
7.gelap
8.rumah hantu
9.roller coaster(gayat)
10.kene paksa

ada yang tanya sal,lelaki camne sal suke,ciri2 idaman la kononnya..huhu..payah juga nak jawab sbb sal pun bkn sempurna nak demand macam2 kan,tp utk menjawab juga soalan peminat sal list down la ckit ciri2 normal yg sal suke ttg lelaki...:)

1.agamanya-solat sempurna
2.boleh jadi imam
3.romantik
4.tak panas baran
5.hormat ibu bapa
6.suka budak2
7.fizikal atau rupa sal tak kisah asal sal suke tgk cukupla kan?

soalan MAUT satu lagi yg sering ditanya baru2 ni...sejak putus ngan 'A' salima dh ade bf baru ke?
jawapannya: No komen..huhuhu..

ok la cukup ttg peribadi,ttg kerjaya sal sbg penyanyi plak,lately quite bz,alhamdulillah..esok pun sal akn buat persembahan di dua negeri,negeri sembilan dan pahang..minta2 semuanya berjalan lancar,n sal pun baru je lepas cek key utk single sal yg terbaru "terlalu cinta" yg akan sal record tak lama lagi insyaallah,album lagu raya pun dalam proses pembikinan..selain tu sal tgh memerah otak mengumpul idea utk menjayakan program tadarus sepanjang bulan ramadhan ni di AUCMS..dalam kesibukan ni perkara paling sal risau ialah kesihatan sal,so kene amik bnyk vitamin memandangkan kdg2 susah nak mkn buah2an sbb terkejar2..apa2 pun sal bersyukur sgt2 dgn sgala nikmat yg Allah bg pd sal,dgn sokongan org2 tersayang,kawan2 dan peminat2 semua sal makin bersemangat nak bekerja..love u all muahhhhh....

kat bawah ni beberapa gambar semasa pementasan teater MAHSURI di AUDITORIUM P.RAMLEE Pulu Pinang...


ade juga gambar utk program CANTIK DAN SIHAT BERSAMA ROSMA DAN SALIMA...

Saturday 25 June 2011

Pelangi....

   Assalamualaikum wbt,dah lama sgt rasanya sal xupdate blog ni,kerja agak membataskan beberapa minggu ini,alhamdulillah rezeki dr Allah..ada banyak perkara yg berlaku dlm beberapa minggu ini dlm kehidupan sal,berita gembira,sedih,terkejut sume cukup..penuh dgn warna warni ibarat pelangi yg menjadikan hari hari sal semakin indah..

   Alhamdulillah dgn rasminya sal dan lima rakan artis yg lain dah selamat dilantik sbg duta Allianze University College of medical Sciences pada majlis bersama media di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas pada 15jun yg lalu.Segala yg dirancang berjalan dgn lancarnya,credit to management WEM yg bnyk membantu memastikan majlis berjalan dgn jayanya..walaupun beberapa minit sebelum majlis bermula kami dikejutkan dgn kehadiran beberapa org dr syarikat lama yg dtg berenam dan membawa camcoder bersama,kami tetap tenang,sbb bg kami selagi xtahu apa motif kedatangannya kami akan bersikap baik pd sesiapa sahaja,alhamdulillah tiada sebarang kekecohan atau perkara yg tidak diingini berlaku spanjang majlis..Walaupun sebenarnya kehadiran mereka menimbulkan syak wasangka dr pihak media yg sempat merakam aksi mereka spanjang berlangsungnya majlis.





   Habis je majlis perlantikan sebagai duta sal trus ke kl utk majlis perkahwinan sepupu sal plak pd 17 dan 18jun 2011..my cousin diana selamat menjadi isteri kekasihnya mahadir mohammad,bahagia sgt tgk akhirnya bila cinta mereka dpt diakhiri dgn ikatan pernikahan dan memulakan fasa baru dlm kehidupan berumah tangga,tp standard la kan bile dh ramai sepupu yg dah kawin ni,sal mmg xkn selamat dr ditanyakan soalan ttg bile nak kawin??hurmmmm,mcm mana nak jawab yer,ckuplah sekadar sal serahkan sgala2 ttg jodoh pd yg maha esa..ade yg cuba singgah di hati ini skali lg tp i dont want to comment anything about that at this moment,biarlah menjadi rahsia hatiku,hehehe..yg penting kini hari2 sal penuh dgn snyuman dan restu ibu bapa dlm sgala yg sal lakukan stiap hari.




    Selesai je majlis perkahwinan diana,sal pergi ke penang smula utk rehearsel pementasan teater Mahsuri anjuran AUCMS,pementasan di Auditorium P Ramlee P.Pinang..semalam baru abis persembahan utk malam pertama ,ada dua malam lagi..Syukur tak terhingga ke hadrat yg Maha Esa krn menganugerahkan sal kesihatan utk trus meneruskan hidup dan melakukan ibadah..maafla yer entry kali ni sgt simple n kurang puitis atau kata2 hikmat seperti slalu,im a little bit exhausted because of my tight schedule..cuma apa yg sal nak kongsi sikit utk penghujung entry ini ialah..
                                          Belakang tabir Teater Mahsuri




Cinta dtg tak perlu diundang,xtahu pula dr mana ia datang,
bila cinta bukanlah kerana dia sempurna,bukan juga kerana dia istimewa,
tetapi kerana sudah tertulis azalinya,maka apabila bertemu,bertaut dua hati menjadi satu..
indah rasa itu membangkitkan syukur pd yg maha esa,
mana mungkin dua insan asing bisa menjalin hati menjadi satu tnpa disedari,
rupanya semuanya adalah pemberian ihsan dr ilahi,
ingin ku pelihara cinta ini agar tak dicemari nafsu yg mampu menghakis cinta suci..
ku perlukan pertolonganMu ya Rabbi..
agar dapat aku mencontohi cinta Siti Fatimah kpd Saidina Ali,
cinta yg dipendam tnpa dibutir dgn kata2,
tetapi akhirnya bersatu jua krn kepercayaan yg tertinggi kepda Maha Esa..
Percaya pd Allah ttg jodohmu..wallahua'lam

sekian...aku hanya insan biasa..