Menyorot peristiwa pada sepanjang tahun 2011,sal banyak belajar tentang erti sabar,ikhlas serta bersyukur di atas setiap kurnia dan juga dugaan..kerana Allah itu sentiasa beri apa yg terbaik pada kita walaupun mungkin bukan itu yg kita mahu...Manusia merancang,Allah juga merancang, ternyata rancangan Allah itu yg terbaik..
kadang2 kekuatan itu entah datang dari mana,saat merasakan mustahil bertahan,saat itulah ditiup sebuah semangat yg memberikn tenaga untuk terus melangkah,terus berjuang meneruskan penghidupan...tapi kekuatan itu bukanlah datang dari bodyguard kiri kanan,mahupun wang,hatta bukan juga hiburan dunia...tetapi kekuatan dr sabar yg dipupuk...yg dibaja,dan hasilnya Allah tunjukkan dalam bentuk yg kita sendiri tidak jangka...alhamdulillah..macam2 juga berita gembira dari rakan sekeliling,tahniah utk sahabatku yg tercinta sheila iaitu manager saya dan juga rosma af1 yg sedang mengandungkan cahaya mata kedua mereka,semoga diberi kesihatan dan keberkatan hidup..
Tugas sebagai duta di Allianze University juga banyak memberi inspirasi baru dalam kerjaya sal,fikiran tidak tertumpu dalam bidang hiburan semata2,tugas utk memberi contoh terbaik kepada pelajar2,digalas dgn sebaik mungkin sepanjang 2011 dan alhamdulillah masih diberi kepercayaan untuk terus berbakti pada insan insan bakal pemimpin dan penggerak negara..
Pada sahabat dan rakan2 diluar sana,jangan bersedih andai dugaan datang dalam hidup,jangan berputus asa andai kejayaan belum menyusul,dan jangan pula menyalahkan takdir apabila kehendak hati tidak tercapai,teruskan berusaha,teruskan berdoa,kerana Allah suka apabila kita sentiasa meminta,memohon dan bergantung padaNya...life must go on,jadikan segala kepahitan lalu sbg pendorong utk kite semua terus berjuang di bumi Allah...hidup ini bukan saja perlumbaan mengejar dunia,kerana dunia sementara..kejar akhirat kerana ia selama2nya...utk kaum wanita...jom jaga 4 perkara ni utk mengejar syurga insyaallah...
1.jaga solat
2.jaga puasa
3.jaga kehormatan diri
4.taat pd suami bertuahla pd mereka yg sudah berkahwin,taatlah pd suami k,kerana syurga seorg isteri itu di bawah telapak kaki suami..semoga hidup kita semua di bawah perlindungan Allah swt...
SALAM MAAL HIJRAH,SALAM TAHUN BARU,DAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA YG WISH BIRTHDAY SAYA YG KE 24 TAHUN....SEMOGA SEGALA IMPIAN ANDA DIMAKBULKAN ALLAH...
Di sini sal iringi gambar2 sepanjang tahun 2011 buat tatapan anda semua...
best of luck Sal:)
ReplyDeletefollow me..hehe
ReplyDeletejenjln cni...=)
ReplyDelete