Blogger Backgrounds

Tuesday 8 November 2011

hari tidak selamanya cerah,dan tidak selamanya mendung

           Bismillahirrahmanirrahim...ada saat dalam hidup rasa bahagia sangat,ada saat dalam hidup rasa sgt sempit,seperti ada beban di dalam dada..selalunya terjadinya perkara ini bila datangnya situasi yg dinamakan musibah.Sakit,sedih,pedih,duka,semuanya bersarang dalam hati,minda dan melemahkan seluruh sendi anggota jasad yg sementara ini.kadang kadang bila musibah itu tiba,kita rasa seperti dugaan kepada kita lah yg paling berat,org lain takkan faham,takkan mengerti,apatah lagi menolong..seperti kata pepatah "TEMAN KETAWA SENANG DIDAPAT,TEMAN MENANGIS SUKAR DICARI"..tetapi ada satu teman yg bile gembira kita lupa die,bile menangis barulah kite cari cari..ALLAH SWT..yg mencipta,yg sentiasa wujud,yang tidak pernah tidur,yg sentiasa menunggu doa dr kita utk dimakbulkan,adakah kita manfaatkan sepenuhnya?


   Wahai jasad,wahai aqal,wahai hati,wahai roh,kamu adalah milik Allah,maka kenapa perlukan yg lain selain dr Allah?jangan bersedih,jangan mengeluh,jangan meratap di atas dugaan yg ditimpakan,sesungguhnya Allah sedang menguji cintamu,Allah menguji betapa ikhlasnya shahadahmu,Allah menguji berapa kental imanmu,Allah menguji betapa dalamnya cintamu,adakh cinta kepada dunia melebihi aqidah,melebihi agamamu?Subhanallah!ujian itu bukan hanya datang dalam rupa kemiskinan,jahil,kematian,atau bencana alam semata mata.Kekayaan,ilmu,anak anak,pangkat,harta,suami,isteri,juga adalah ujian dari Allah...ujian pasti tiba,jangan lah bersedih wahai hati,berdoalah pada yg maha Esa.

Selalu kite dgr ungkapan,'korg boleh cakap,tp korg xrasa ape aku rasa,",bukankah Allah menegetahui segala2nya..tiada satu perkara pun lepas dr pemerhatiannya walaupun sehelai daun yg gugur juga dibawah pemerhatiannya,maka mengapa perlu bersedih?
Bersama kita ada penawar segala sakit,kedukaan,dan penderitaan,iaitu mukjizat Allah kpd Nabi Muhammad saw,AL QUran..senaskhah tetapi merangkumi seluruh keperluan hidup didunia dan akhirat,bertepatan dgn firman Allah SWT,
Maksudnya:"Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang orang yg beriman.
Percaya tak,kita sering kali rasa dugaan kitalah paling kuat,seolah2 org lain tidak ditimpa dugaan..ada yg bersedih kerana tidak bertemu jodoh,tetapi lupakah mereka ada juga yg bersedih wpun sudah berkahwin,ada yg sedih apabila tidak dikurniakan zuriat,tetapi ade juga yg derita akibat mendapat anak yg derhaka..ada yg sedih kerana miskin,tetapi ade yg bersedih apabila kaya tetapi menanggung sakit yg tiada penawar.Dapat dilihat disini setiap manusia ade bahagian masing masing,kita berbalikla pd yg hakiki..
Setiap makhluk memerlukan Allah dlm hidup ini,hanya Allah shj yg layak dicari,tanpaNya setiap makhluk tidak akan mendapat apa yg dihajati.mengharapkan pertolongan atau perlindungan selain dari pd Allah adalah perbuatan yg bahaya dan dibenci Allah.

Dalam surah Hud ayat 88 juga menerangkan ttg pertolongan Allah yg bermaksud
"Dan tidak ada anugerah bagiku melainkan dengan pertolongan Allah.Hanya kpd Allah aku bertawakkal dan hanya kepadaNyalah aku kembali".

Kebiasaannya apabila seseorg redha dgn perkara yg berlaku ke atas mereka,ia memberi manfaat dlm hidupnya.Tetapi apabila sebaliknya,contohnya apabila seseorg yg pd mulanya redha dgn apa yg berlaku tetapi apabila ditimpakan perkara itu mereka patah semangat dan menyesal,jelaslah ini lahir bukan dr hati yg ikhlas.

Dan percayalah,dugaan,sakit,derita yg ditimpakan pd kita bnyk nikmatnya,jika dgn musibah itu dosaku diampunkan,aku rela ya Allah,jika dgn bersabar aku mendapat ganjaran disiMu,aku rela,aku redha,dan jika dgn dugaan itu dpt meningkatkan kecintaanku pdMu,aku ikhlas..
Allah menegaskan dlm surah Al Baqarah ayat 286
"Sesungguhnya Allah tidak membebani diri kecuali sebatas kemampuannya"$

Wahai hati,senyumlah apabila ditimpa musibah,sesungguhnya Dunia adalah tempat menguji iman manusia,ada destinasi yg indah menanti utk mereka yg sabar..berbaik sangka pd Allah,setiap apa yg terjadi atas diri kita adalah yg terbaik utk kita.

Seperti dalam surah at taubah ayat 51 yg bermaksud

"Katakanlah,"sekali kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yg telah ditetapkan oleh Allah bg kami.Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah org2 beriman harus bertawakkal."

Maka janganlah bersedih wahai hati..ketahuilah bahawa kesusahan itu hanyalah seperti awan di musim panas yg sebentar lagi akan berlalu.jangan takut dengan gemuruh petir dan sambaran kilat,kerana boleh jadi awan itu membawa hujan yg menyejukkan.Wallahua'alam..

3 comments: