Blogger Backgrounds

Tuesday 24 May 2011

sure ke ikhlas?jom kite cek blik hati kita

assalamualaikum wbt...seperti biasa memberi salam sbg pembuka bicara dan jika ada yg belum tahu memberi salam itu adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib:)
     hari ni sal just nak santai2 menulis dlm suasana berkongsi dari hati ke hati..hari ini topik sal tentang ikhlas...menjadi ikhlas atau mendidik hati supaya menjadi ikhlas bukan mudah kan?ditambah pula dgn ujian Allah yg kdg2 menuntut kita menolong org yg mungkin kita tidak suka atau org yg pernah menganiaya kita,jd mest terdetik di hati kecil kita kadang2,'eleh,die ni pernah buat jahat dgn aku,buat ape nak tolong die?'

   tetapi tidakkah kita rasa kita sama seperti mereka jika berbuat begitu?benar,sangatlah sakit hati ini jika diperlakukan dgn kejam,apatah lagi jika dihina,dikeji,difitnah,atau dianiaya sesama makhluk tetapi jika kita berbalik kepada zaman Rasulullah SAW,apa je yg Rasulullah tak kena dalam hidup baginda?sampai satu tahap baginda pernah dibaling batu hingga berdarah kepalanya,pernah di hempap dgn perut unta ketika solat,pernah dibaling najis dihadapan rumahnya..ttapi adakah Rasulullah SAW membalasnya?atau adakah Rasulullah SAW berdendam?TIDAK

seperti sebuah hadis yg bermaksud

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdirrahman Muadz bin Jabal radhiyallahu anhuma, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Bertakwalah kepada Allah di mana pun kalian berada, iringi perbuatan jelek dengan perbuatan baik, niscaya perbuatan baik akan menghapus dosa perbuatan jelek, dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang terpuji. (HR. At-Turmudzi, dan beliau menyatakan, Hadits hasan.)

tapi isunya MACAM MANA NAK IKHLAS DALAM AMALAN?

pokok pangkalnya hati yg dikurniakan oleh Allah ini haruslah bersih..jangan mudah menuding jari pd yg salah,jgn juga mudah kalah dgn harta dunia yg sementara,yakinlah bahawa semua yg ada dimuka bumi ini hanya milik Allah smata2,wpun harta,keluarga,suami anak2 sahabat bahkan jasad kita sendiri bukanlah hak kita,hanyalah hak Allah..maka apakah yg lebih baik selain menjaga hak Allah dan menjadi mulia disisinya dr trus mengikut hawa nafsu?

Rasulullah SAW pernah bersabda yg bermaksud
"Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yg sebenarnya ialah kekayaan hati"
(riwayat abu ya'la)

Mungkin ada yg akan cakap,eleh salima cakap senanglah tp xpnah rasa apa yg kami rasa,tp ingatlah kenapa Rasulullah itu dipilih dikalangan manusia biasa seperti kita?mengapa?pernah kita tny pd diri sendiri?supaya kita ummatnya dpt menjadikan akhlak Rasulullah SAW sbg contoh,sbg role model,sbg ikutan dlm setiap permasalahan,tetapi adakah kita melaksanakannya,kalau yg sudah alhamdulillah,tp bg yg blum
mungkin cara cara yg akan sy tulis nt insyaallah membantu,kalau xbanyak sedikit,tujuan sy hnylah berkongsi ilmu sy yg xseberapa yg sy dapati dr kelas agama yg sy hadiri dan juga dr rujukan2 sy insyaallah..

APA ITU IKHLAS??
ikhlas bermaksud suci dan murni serta tidak bercampur dgn yg lain.Maksudnya,mengerjakan ibadah dan kebajikan hanya kerana Allah SWT serta mengharapkan keredaan Allah dan bukan utk mendapat pujian atau kemasyuran serta gelaran.

Tokoh sufi ,Abu Lais al Samarkhandi berpendapat,apa jua yang kita lakukan kerana Allah adalah diterima dan mendapat pahala tetapi jika amalan dikerjakan bkn krn Allah bahkan hanya utk mendapat pujian semuanya ditolak dan tidak mendapat sebarang pahala...

Bile bercakap ttg ikhlas,ramai yg akan menganggap ikhlas dalam sedekah sahaja..tetapi ikhlas itu luas,selain ikhlas dlm memberi,kita juga perlu ikhlas dlm menerima setiap apa shj yg berlaku dlm hidup kita.

contoh:  
1.ikhlas utk memaafkan
 -kadangkala dalam hidup ini Allah akan uji kita pelbagai ragam manusia yg sgt menyakitkan hati kite.tetapi tenangkanlah hati kita dgn memaafkan si polan dgn ikhlas dan berdoa semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu taubat buatnya,kita sbg seorang muslim juga digalakkan utk bertaubat setiap hari,perbaharuilah syahadah kita sbb kita kadang2 xsedar perlakuan kita mungkin tersasar.

2.ikhlas dalam stiap pertolongan atau sedekah.
-bukan bersedekah utk mendapat pujian org sekeliling malah Islam menggalakkan kita tidak menghebah hebahkan sedekah yg dihulurkan agar tidak timbul perasaan riak yg juga boleh merosakkan hati dan boleh menjadikan kita kufur akn nikmat Allah.dan jgn pula bersedekah utk mendapat balasan segera dr Allah.
saya bg contoh dialog ini..'aku baca kalau sedekah boleh kaya,sbb bile kite derma 1 Allah balas sepuluh,nak sedekah rm1 la arini,nanti dpt rm10'.
Saya nak tny amalan kt atas ni ikhlas x?agak2 dpt pahala x?wallahua'lam tetapi nyata dan terang amalan seperti ini bukan ikhlas krn Allah taala hny smata2 utk dpt balasan dunia,jd perbetulkan niat anda dlm bersedekah.
dan perlu juga diingat,sedekah bukan shj dlm bentuk harta,tetapi juga dlm bentuk zikir,amar makruf nahi munkar dan lain2..(entry lain nt sy akan ceritakan ttg sedekah)

3.ikhlas diatas setiap pemberian dan kurnia serta sgala ujian dr Allah swt..

-mungkin utk ikhlas dlm kategori ini yg pling susah misalnya apabila ditimpa kemiskinan,kegagalan,kematian insan tercinta,kecacatan tubuh badan,terima menantu yg xkaya,terima anak yg cacat,terima suami kawin lain,terima org lain lebih kaya,anak org lain lebih pandai,terima org lain menang tetapi kita kalah,terima musibah yg bertimpa2 dan sbg nya..

kategori di atas juga sgt memrlukan keikhlasan.saya nak tny pd kaum hawa,ye sy mmg masih bujang tetapi ini syariat yg melibatkan akidah bukan ttg hati dan perasaan shj..siapa yg cuba utk ikhlas apabila suaminya berkahwin lain?ya,ramai yg sedih ramai yg akan kecewa bila cintanya di madukan,ttapi kat sini lah Allah uji cinta kita,adakah cinta pd suami yg lebih atau pd Allah???ada yg smp sggup jd derhaka hny kerana suami nak kawin lain,sdgkn tggungjawab sebagai seorg isteri adalah taat pd suaminya,Allah sentiasa akan menguji kita dlm kehidupan ini,kite sbg seorg muslim mestilah ikhlas dlm menerima sgala ujian Allah,xde perempuan yg ingin dimadukan tetapi janganlah kerana hati yg sekeping ni sakit akidah kita terjejas,nauzubillah..jangan kerana seorg suami kita jd murtad krn tidak menyokong poligami,tidak setuju tidak redha,nauzubillah..INGAT!!!!!apa shj yg kita ada bukan hak kita tetapi hak Allah.beranikah kita mengaku beriman selagi kita belum diuji?

So mcm mane yer?Saya pernah mendengar ceramah dr Profesor Muhaya di rancangan mata ke hati,bg mereka yg takut dimadukan boleh la berdoa pd Allah,minta Ya Allah,aku redha bahawa lelaki boleh berkahwin 4 tetapi jangan lah terkena pd suamiku' tapi jgn lah cakap sy tak setuju dgn poligami,takut terpesong akidah..ingat,berapa ramai yg tergelincir ke neraka akibat lidahnya yg tak dikawal tutur nya..Tetapi jika terjadi juga,berdoalah pd Allah semoga kite menjadi isteri yg solehah,muslimah yg berpegang teguh pd iman ,menjadikan kita kuat,percaya bahawa disebalik setiap ujian yg Allah beri,dan kita sabar menghadapinya Allah akn beri ganjaran,hny jika kita ikhlas..tp jika kita marah,derhaka,mengata sana sini mengadu domba sana sini,apa yg kita dapat??sedangkan pilihan itu Allah sudah bg..lebih baik sakit di dunia berbahagia di akhirat dr senang di dunia krn keegoan dan merana di akhirat dgn sesalan yg tiada hujungnya..

Tetapi bagi kaum Adam pulak,jgn kerana agama membenarkan anda sewenang wenangnya nak berkahwin,kalau ilmu kurang di dada,selagi solat tak cukup,xpayah la..menjadi suami ini tanggungkawab nya berat,dosa isteri sume ditanggung suami,jika anda mempu berlaku adil,mampu memberikan didikan agama yg cukup,nafkah zahir batin yang cukup,mampu mendamaikan isteri2 anda,silakan.Tetapi kalau isteri pun bergaduh sesama sendiri,xsolat,tak tutup aurat,tak dengar cakap suami,campur dgn isteri kuat mengumpat lagi,dosanya anda tumpang sekaki juga yer...buat isteri pulak kalau dimadukan di dunia ni mungkin agak sakit tp jika kita sabar dan beriman pd Allah insyaallah ganjaran menunggu di syurga amin..buat si suami pulak,kat dunia seronok tp kalau xcukup ilmu kurang nya iman,kebahagiaan terhenti di dunia sahajalah..jadi sama2 kita muhasabah diri,pertingkatkan iman kita setiap hari,pastikan cinta pd Allah melebihi segalanya supaya kita ikhlas dalam amalan kita dan ikhlas dalam menerima qada dan qadar dariNya

maafkan saya andainya tersalah kata dan bicara,yg baik itu dr Allah yg buruk itu dr saya,aku hanya insan biasa...wallahua'lam.

ruj:hadis 40 nawawi(telaga biru)-ustaz zahazan mohamed dan ustaz muhammad zakaria
     ubat hati(telaga biru)-ustazah siti nur bahyah mahamood dan ustazah ida ezyani othman.

2 comments: