Blogger Backgrounds

Tuesday 22 March 2011

Setiap yg berlaku ada hikmah...

Asslamualaikum wbt,syukur alhamdulillah sal pnjatkan kepada Allah SWT yg menghidupkan kita selepas dimatikan sebentar pd malam hari yakni tidur..hari ini sal ingin kongsikan kisah seorg sahabat sal yg melalui hari yg sgt berhikmah dlm hidupnya...antara syariat dan godaan nafsu dan juga balasan Allah...utk menyenangkan pemahaman sal namakan dua invidu ini sbg Kay dan Laila..bukan nama sebenar..

       Baiklah..tak mahu cerita pnjang2..just sal akan elaborate kan sedikit sifat mereka berdua
Laila-seorg muslimah yg menutup aurat dan sentiasa menjaga diri utk stiasa hidup dalam syariat Islam
Kay-seorg yang dilanda banyak musibah dlm hidup yg membuatkan dia menjadi seorg yg sgt mudah tersentuh dan murung..seolah2 buntu dalam hala tuju hidupnya...walhal sebenrnya dalam kerjayanya die seorg yg hebat

lokasi:
Dalam kereta Laila..
sedang menuju ke sebuah restoran utk makan

Dalam perjalanan Kay ingin singgah sebuah kedai yg beroperasi selama 24jam utk membeli brg keperluan..
Laila tunggu dalam kereta..Apabila selesai membeli barangan yg diperlukan Kay masuk dlm kereta dan trus memandu..tiba2....BANNNGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

                         Berlaku perlanggaran antara kereta Laila dgn sebuah kereta lain yg melalui jalan yg sama..Alhamdulillah tiada kekecohan atau kecederaan berlaku..kedua2 pihak menyelesaikan dgn saling memaafi satu sama lain..Dalam hati Laila sentiasa memikirkan ini adalah peringatan dr Allah ataupun mungkin balasan dr Allah di atas perlakuan khilaf yg dilakukan samada sedar atau pun tidak..
Tetapi riak muka KAy menunjukkan seperti kecewa dan rasa bersalah,dan rasa hilang moodnya utk pergi ke restoran,tp apabila melihat riak muka Laila yg mengukir senyuman dgn wajah tenang..Kay mula hairan dan bertanya.."kenapa u senyum?"Laila dgn tenang menjawab "Alhamdulillah Allah bg peringatan di di dunia dan i masih lg hidup utk bertaubat pdNYa..mungkin ada salah yg i buat samada i sedar atau tak yg Allah bg balasan pd i supaya tidak lalai..alhamdulillah"...Kay termenung..rasa serba salah menyelubungi segenap tubuh dan seperti seolah2 ada getaran yg menggigit seluruh saraf nya...

           Tiba di restoran,mereka memesan makanan dan air,"Bismillahirrahmanirrahim"...Laila meneguk air kosong yg dipesan sebelum minum air yg manis...muka KAy terus sayu dan gelisah...Laila bertanya,"anything wrong?" Kay menjawab.."sebenarnya i terasa sesuatu lpas u cakap apa yg berlaku td aadalah balasan Allah".
Laila masih tenang dan bertanyakan kenapa Kay berasa begitu...Kay membertitahu yg semasa die singgah di kedai tadi dia telah membeli sesuatu yg haram!!!!
Dalam kewarasan aqal yg dikurniakan Allah Laila trus dapat menangkap maksud Kay tapi masih membiarkan Kay meneruskan kata2nya..."i beli arak"kata Kay sambil matanya menunduk malu dan menyesal..

Laila masih tenang dan tersenyum..Subhanallah...tak sampai seminit Allah dah bg balasan pd mereka yg berbuat sesuatu yg tidak diredhai Allah,tingginya kasih sayang Allah kpd umatnya..kenapa sal simpulkan begini?kerana kesan excident tadi membawa satu impak yg baik kepada kedua2 hamba Allah tadi dalam memperbaiki diri..baik,kita smbung lagi ceritanya...

        Utk beberapa minit Laila membiarkan Kay meluahkan sega;la isi hatinya..KAy bukanlah seorg yg tersangat jahil malah dia tahu ttg syariat,tau ttg hukum hakam,haram dan halal..tetapi die sendiri tidak tahu ape yg membuatkan hatinya seolah2 terkunci,dan kunci utk membuka hatinya itu telah hilang..LAila masih tersenyum sdgkan Kay berasa sudah tiada harapan utk nya malah merasa Allah sudah tidak menyayanginya..
Setelah KAy habis meluahkan segala yg erpendam giliran Laila pula bersuara,kali ini Laila nekad ingin mentarbiyah Kay dalam cara yg boleh diterima Kay insyaallah..
dimulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim...Laila menerangkn dgn lemah lembut dan memuji Kay berkali2 bahawa die seorg yang baik,yg penyayang,cuma hanya perlu betulkan jalan utk taqaarub pd Allah..
Pelbagai hujjah dan hadis dikeluarkan oleh Laila utk mematikan kata2 Kay yg kadang2 menentangnya,Laila menerangkan bagaimana makanan itu memberi impak bukan sahaja kepada perut malah kepada hati,tentang seksa kubur,ttg dosa org yg membeli arak,menjual arak,menghidangkan arak apatah lagi meminum arak..

              Diterangkan tentang kisah wali Allah yg bernama Malik bin Dinar supaya die tahu bahawa luasnya ampunan Allah seperti dalam hadith imam Nawawi yg bermaksud


Dari Anas bin Malik r.a,ia berkata.Saya mendengar Rasulullah saw bersabda,Allah Taala berfirman,Wahai Anak Adam,selagi engkau meminta dan berharap kepadaKU,maka Aku akn menagmpuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi.Wahai Anak Adam,walaupun dosamu sampai setinggi langit,bila engkau mohon ampun kepadaKU,nescaya Aku memberi ampun kepadamu.Wahai anak Adam,jika engkau menemui Aku dengan seberat bumi kemudian engkau bertemu dgnKU(mati) dan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun,nescaya Aku datang kepadamu denagn ampunan seberat bumi pula(HR AT  Turmudzi,beliau mengatakan Hadits Hasan Shahih)

Bersungguh2 laila menyampaikan segala ilmu yg diketahuinya kepada Kay dan akhirnya memberitahu Kay satu perkara yg sgt menyentuh hati Kay..."u iginkan ketenangan bukan,arak takkan bg u ketenangan,ia hanyalah perkabaran indah dr Syaitan utk mneyumbat u ke dalam neraka bersama dgnnya,kita takkan pernah tahu bila kita akan mati,mungkin lpas u minum nanti u akan mati ,dan di akhirat nanti u akan dibangunkan seperti meminum arak seumur hidup,tapi kalau u buang arak tu kejap lagi dan bertaubat nasuha serta solat dan sujud padanya..dan malaikat maut mencabut nyawa atas perintah Allah, u meninggal dunia dalam keadaan yg diidam2kan oleh stiap manusia dan dibangkitkan di hari akhirat seolah2 u sentiasa bersolat seumur hidup u..kalau u tak percaya,u balik rumah nanti cuba u buang arak tu,lpas tu mesti akan tenang,insyaallah..jika u tak mampu,cuba masa u nak minum nanti u baca Bismillahirrahnirrahim,kite tgk samada u masih sanggup minum atau tidak..tapi percayalah bukan ini ketenangan yg u mahu dalam hidup..syaitan itu diperbuat daripada api,api kalah dgn air,maka berwuduk dan solat la..kemudian ambil Al Quran,baca dan faham maknanya..u takkan jumpa ketenangan lain selain dari ini".kata2 Laila utk mengakhiri bicara.

Tanpa disedari air mata Kay mengalir memikirkan dosa sepanjang hidupnya..dan apabila tiba ke rumah,Kay masih memikirkan kata2 Laila..satu persatu butir perkataan Laila muncul dalam fikirannya,Laila pula hanya berdoa pada Allah agar sahabatnya itu diberikan hidayah dan dijauhkan dr istidraj.Laila akur dgn kehendak Allah kerana hanya Allah yg layak memberi hidayah kepada siapa yg dikehendakinya seperti yg terkandung dalam Al Quran..


                                                               BERITA GEMBIRA

Dengan kuasa Allah yang maha mengampun lagi maha mengasihani,Kay yg bg sal telah menerima hidayah dari Allah apabila Kay membuang minuman najis itu tanpa mengusik atau meneguk walau setitik pun,subhanallah..
Pada awalnya Kay membeli arak utk meminumnya,tetapi dgn kuasa Allah,dibalikkan hati hamba Allah itu supaya tidak meminumnya..terpulang pd Allah utk memberi ganjaran atas penghijrahan Kay ke arah kebaikan..dan isnyaallah sal yakin Kay akan menjumpai jalan yg lurus dengan menjaga pancainderanya,buat apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala laranganNYa..semoga Allah sentiasa bersama org2 yang sabar dalam dugaan,amin...


Sal sudah mengubah nama pelaku agar tidak timbul fitnah ke ats kedua2 hamba Allah ini,apa yg penting adalah kisahnya..cepatnya balasan Allah,dan tgginya kasih sayang Allah terhadap makhluk ciptaaNya..semoga kita semakin taqarrub kepada Allah SWT...
yg baik itu dr Allah,yg buruk itu hanya dr sal,maafkan andai tersalah kata atau bicara,kerana..
aku adalah Insan Biasa.....

wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment