Blogger Backgrounds

Monday 25 April 2011

saat rindu menyapa..

            Assalamualaikum..dah lama rasanya tak meluahkan apa yg terisi di hati ini..dan sejak sekian lama juga kubiarkan diri ini tidak membuat apa apa keputusan dalam memilih si dia yg terbaik...tapi akhir akhir ini,sal rasa macam kekosongan itu hampir terisi tapi,betulkah pilihan ku?takpelah..biarkan ia terhenti di situ,ku serahkan jodohku pd Allah utk menetapkan bila dan siapa..

        cakap tentang rindu,bukan rindu pada kekasih k...Sal rindu pada zaman kanak2 yg indah,penuh dengan gelak tawa,tiada masalah,sentiasa ade ibu bapa yg menjaga kita dlm setiap gerak geri,suci dari dosa,bersih dari segala yg menakutkan seperti yg kita lalui bila kita dewasa..Tapi masa xkan pernah boleh diputar semula walau sekuat mana kerinduan kita terhadap memori itu...kecik2 dulu cita2 sal nak jd peguam la,nak jd doktor gigi la,sudahnya jadi penyanyi..Tapi masih menyimpan impian utk bekerja secara profesional satu hari nanti insyaallah lepas tamat pengajian sal..

       Ku bukanlah insan yg sgt kental imannya,pernah juga membuat silap dlm hidup yg penuh pancaroba,tp jgn jadikan alasan kesilapan lalu utk terus melakukan kesilapan dalam hidup..Selalu lah rindukan utk berjumpa Allah dlm muka yg bercahaya,dalam rupa yg disayangiNya,dalam kerinduan Rasul kita Nabi Muhamad saw kepada umatnya,takkan semudah itu kita ingin mengabaikan dgn asyik beralasan dalam hidup..dan tidak semudah itu juga utk mencapainya tetapi tiada yg mustahil insyaallah...
Bukan hak kita utk melihat pengakhiran hidup seseorg dgn tingkah laku nya kini sbb kita juga tak tahu apa pengakhiran hidup kita,jangan mudah memberi hukuman pd org lain kerana mungkin suatu hari insan itulah yg akan menjadi insan yg lebih taqarrub dgn Allah drpd diri kita sendiri..

              Tidak salah benci perbuatan yg mungkar,malah wajib utk kita berbuat demikian tetapi jgnlah kita plak beria2 menjadi seperti Tuhan tanpa kita sedari ,sedangkan pintu taubat Allah itu sgt besar utk hambanya,andaikan jika pendosa itu telah benar2 bertaubat dan diterima taubatnya oleh Allah tp kita yg kononnya tak tinggal sembahyang ni terus2an menghina si hamba Allah itu,takut2 habis pahala amalan kita ni berpindah pada mereka dek kerana kita tak menjaga lidah yg tak bertulang ni.

seperti penjelasan yg telah ada pada hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim yg bermaksud:

"sesiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia berkata baik atau diam"

atau dalam pada hadis lain yg disebutkan:

"sesiapa yg memberi jaminan kepadaku utk menjaga apa yg ada diantara kedua-dua bibirnya dan apa yg ada di antara kedua2 pahanya,maka aku jamin dia masuk syurga"

   Sudah terang lagi bersuluh tetapi cakna,ramai yg suke manjadi hakim walaupun tak belajar undang undang,tanpa masuk mahkamah..dgn percambahan teknologi yg sepatutnya digunakan dgn sebaik2 nya,tetapi ramai yg salah gunakan ideologi ini dgn mengikut apa yg org barat lakukan,sdgkan kita sbg seorg muslim,sudah sempurna segala etika dan adab antara manusia dgn manusia yg lain..HABLUMMINALLAH HABLUMMINANNAS...ramai yg tahu maknanya tetapi bila nak paktik susah,kenapa?tidak lain tidak bukan bisikan syaitan yg kita izinkan menjengah dlm hati sanubari kita.

   Hamba bukan manusia sempurna hanya bersifat ihsan pada insan yg sering ditindas tidak kisah la dr segi fizikal atau mentalnya..jika kita benci sgt dgn perbuatan seseorg,cukuplah sekadar kita mengambil iktibar dr perbuatan itu agar tidak kita lakukan..bukan dgn menuding jari org itu jahat,org tu rosak,dan sebagainya..bukan ape,stiap perbuatan kita,butir bicara,wang yg kita dapat dan bagaimana dibelanjakan sumenya akan ditanya di akhirat kelak,takut2 amalan kita tak dpt tmpung dosa yg kita anggap remeh,tetapi kerana dosa yg satu itu terhumban dlm neraka yg amat dasyat dan perit seksaannya..saya berpesan pada diri sendiri,semoga Allah melindungi saya dan rakan2 dr terjebak dalam perangkap syaitan jahannam..amin..
Wallahua'lam

Tuesday 19 April 2011

Kesihatan itu nikmat bila kita merasa sakit...

       Subhanallah....itu saja yg mampu diungkap oleh insan biasa seperti saya yg serba kekurangan dalam menilai dan mengamati nikmat Allah.Kita insan yg bernama manusia selalu inginkan sesuatu yg tidak kita miliki sdgkn kita tak sedar apa yg kita ada sangat besar nilainya.kita ingin kaya kerana kita tak cukup kaya,kita ingin cantik kerana rasa diri kurang cantik,kita ingin menjadi perhatian,kita ingin mendapat pujian,kadangkala kemenangan,kesenangan,atau nikmat yg diperolehi oleh insan lain kite perlekeh lekeh,misalnya kata kata sinis berbunyi 'alah,dia tu kaya sbb bapak die'..atau 'eleh,bukan cantik sangat pun die tu,make up jer'..begitu banyak kata kata ini dlm masyarakat melayu kita khasnya,kenapa budaya ini sgt tersemat dan susah dikikis,sdgkan majoriti atau boleh dikatakan 100% dr kaum melayu ini adalah beragama Islam?Islam mengajar kita bersyukur,mengajar kita menerima qada' dan qadar,mengajar kita ikhlas dan sabar..termasuk dalam menerima nikmat atau ujian Allah..saya bukan lah insan cerdik pandai yg petah mengatur hukum atau fatwa,hny menyuarakan apa yg saya sering saksikan atau mgkin sy sendiri pernah lakukan dlm hidup ini.

          Saat gelak ketawa kita mungkin lupa ada yg sedang bersedih,saat kita mampu makan sepinggan nasi dgn berlauk serta lengkap dgn hidangan sayur,kita cerewet inginkan lauk yg lebih sedap,sdgkan ade yg makan nasi berlauk garam..saat seorg isteri asyik mengeluh suaminya xmenepati permintaannya sdgkan ada yg tak bertemu jodoh..dimana letaknya syukur kita?benarkah kita bersyukur atau sekadar di bibir?

        Sangat menyentap hatiku apabila tiba tiba ,tiada tanda,tiada sebab logik,hanya kuasa Allah,hny dtg dr Allah,sbg amaran mungkin,atau sbg nikmat,wallahua'lam...
sakit datang menjelma..sakit yg tiada nama,tiada ubat doktor,tiada yg dpt mnyembuhkan kecuaali kuasa Allah taala..seperti mencabar kredibiliti sains dan teknologi krn segala pemeriksaan spatutnya sudah dijalankan tp menemui jalan buntu..namakan saja scan,xray,endoskopi..smuanya dijalankan oleh insan2 pakar tetapi seperti kata2 yg slalu kita dgr,kita hny ikhtiar hny Allah yg berkuasa menyembuhkan..


                Hidup rasa seperti sudah tak beerti,sesaat rasa seperti setahun dek kerana sakit yg melampau,makin mengecewakan apabila tiada jalan penyelesaian dari doktor doktor..bukan krn mreka tidak hebat,tetapi tiada kuasa atau kepakaran yg dpt melawan kehendak yg maha esa..saat itu hny satu yg terngiang dlm fikiran,ujian dan sakit itu adalah kifarah,jika dgn sakit itu dpt menghapuskan dosa di dlm diri ini,aku bersyukur dan redha cuma hny ku pinta agar diberi kekuatan dan kesabaran utk menahan segala keperitan yg teramat sgt itu..lebih perit apabila menyusahkan mak dan abah dlm keadaan sepatutnya anak ini yg berbakti membalas jasa mereka...ketika inilah hati jd lebih terseksa,dan syaitan berbisik yg bukan2..
tidak pernah ingin meminta minta mati tetapi akal dan hati seperti setuju bahawa ketiadaan lebih baik dr terus wujud yg tiada faedahnya..tetapi pandangan itu adalah salah,dugaan ini bukan utk diriku sahaja,juga pada ibu bapa..dari segi ape Allah lebih mengetahui..

     Masa itulah baru terbayang nikmatnya makanan,nikmatnya ketawa,nikmatnya sihat...mungkin jika tidak ditimpa sakit,kesyukuran dlm menikmati sihat itu tidak seperti yg sepatutnya..besarnya nikmat Allah berikan setiap hari tanpa henti..tetapi kita sering dihimpit keinginan melampau dlm hidup yg kadang2 melampaui batasan dan melebihi dr apa yg jasad kita perlukan..kita sibuk memenuhi nafsu sdgkan rohani kita perlukan makanan juga iaitu ilmu..ilmu tak semestinya masuk universiti,ilmu hidup,ilmu dunia akhirat itu yg perlu agar apa sahaja yg menimpa kita,dugaan atau sebagainya dpt diatasi dgn rasional..sudah pasti rujukannya berpandukan Al Quran dan sunnah..insyaallah berjaya dunia akhirat.

    Mungkin sudah cukup utk malam ini utk halwa mata kita,sekali lg saya bukan cendekiawan,hny khalifah kecil seperti anda juga..saya bercakap dr pengalaman,menulis dr hati utk berkongsi apa yg terjadi di ruangan kecil hidup ini..hargailah kesihatan anda,ingatlah yg menyembuhkan hny Allah taala,,bukan duit,bukan ubat,bukan ustaz,bukan doktor,bukan bomoh atau sesiapa..tetapi kita mestilah ikhtiar dgn cara yg diredhai Allah,insyaallah dan alhamdulillah kini diri ini semakin sihat berkat usaha keluarga,berubat,doa keluarga dan rakan2,maka dgn kuasa Allah jua diri ini disembuhkan,syukran Allah...
Demi Allah..aku hanya insan biasa...